Bil 53/2011 Hari Ibu
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Selamat Hari Ibu buat kesemua wanita yang bergelar IBU dan BAKAL Ibu di seluruh Malaysia, pada hari ini (8 Mei 2011). Saya sendiri sebenarnya bukan termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa ingat dan meraikan hari-hari 'yang tertentu' yang tidak termasuk dalam hari-hari utama atau istimewa umat Islam. Hari ini sepanjang pemanduan saya ke salah sebuah hotel terkemuka di Sibu, semua stesen radio yang saya 'tune', menyajikan rancangan permintaan dan ucapan hari ibu dan kebanyakan lagu yang dikumandangkan juga bertemakan IBU atau Emak. Tahniah buat ibu-ibu sekalian, tanpa kalian siapalah kami sebagai anak-anak.
Cuma bila saya 'melayari' internet malam ini, saya terjumpa laman web/blog yang mengisahkan asal usul sambutan hari ibu yang dirasakan ada pertentangan dengan syariat sehingga membawa kepada hukum haram. Tetapi setakat carian saya dalam keputusan fatwa kebangsaan dan negeri di Malaysia, nampak macam ia belum lagi dibincang dalam Majlis Fatwa.
Saya membuat rumusan bahawa selagi sambutan itu hanya merupakan ingatan dan penghargaan kepada insan bergelar ibu, dengan pemberian hadiah dan 'makan-makan', tanpa mengaitkan ia dengan upacara yang bertentangan dengan syariat, maka ia adalah harus. Tetapi kalau sudah difatwakan bahawa ia ditegah dan haram hukumnya, maka hendaklah kita mematuhinya, Lagi pun, untuk meraikan ibu, tidak semestinya ia perlu ditetapkan tarikhnya, untuk mendapatkan impak yang maksimum... hari-hari adalah hari ibu.
Assalamau'alaikum cikgu lai,
Itulah antara kata-kata nasihat yg diberikan oleh papa anak-anak kakak pada mereka semalam.....
Assalamualaikum,
Setiap yang halal boleh jadi haram jika mendatangkan mudharat....jauhi dan tinggalkan perkara-perkara yang memudharatkan.
Itu lah perangai umat Islam di Malaysia. Benda remeh dan kecil sebegini menjadi polemik yg besar, namun isu2 yg lebig besar tak dihiraukan langsung.
Assalam Cikgu lai
ya, sayapun ada terbaca, tapi masih belum dibentang secara jumhur.
kita tunggu.
Terima kasih dari ibu Lah...
Saya setuju dgn Daddy Ziyyad.
Isu sambutan Hari Ibu/Hari Bapa/Hari Lahir terlalu kecil.
Isu MURTAD itu yang patut dibincangkan..
Maaf kalau agak kasar. Tapi itu pendapat dan pandangan saya..
saya...insyaAllah tiap2 hari adalah hari ibu. "selamat hari ibu-bapa" (sbb hari ibu dah terlepas...)
Assalamualaikum...
Penghormatan kita kepada kedua ibubapa kita setiap hari adalah mendoakan keduanya setiap selepas kita solat adalah amal yang paling baik selain dari kita memberi layanan yang baik dan sebagainya kepada mereka berdua, bukan menetapkan hari-hari tertentu untuk mereka.
Ambillah perkara yang ada nas dari al-quran dan as-sunnah, dan nasihat dari ulama2..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
bila blog kena block timbul
diy bumbung kereta karat
~~~~~@@@~~~~~~
Selamat Hari Guru
~~~~~@@@~~~~~~
Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati
~~~~~~~~~~~
Ya Allah peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga
~~~~~~~~~~~
Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna
~~~~~~~~~~~
Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati
~~~~~~~~~~~
Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku
~~~~~~~~~~~
Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Moga dirimu diberkati
~~~~~~~~~~~
Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.
kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan
hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan
oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan
oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy repair dan spray helmet lama