Bil 52/2011 Pesta Kaul Mukah
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
30 April yang lalu saya sempat berkunjung ke Mukah untuk menyaksikan dan ‘meramaikan’ pantai Kala Dana, sempena Pesta Kaul Mukah 2011. Pesta Kaul yang diadakan setiap tahun pada akhir April ini telah dirasmikan oleh Pehin Sri Taib Mahmud, KM Sarawak. Ini merupakan perayaan yang diwarisi sejak sekian lama oleh kaum Melanau Liko atau Melanau ‘pagan’ tetapi telah diubahsuai dengan bertambahnya penganut Islam dan Kristian.
Pesta Kaul atau Perayaan Kaul yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan mengikut bacaan saya, hampir seratus tahun yang lepas, merupakan satu perayaan memberi makan kepada ‘ipok’ atau dewa laut, yang menjaga rezeki para nelayan. Pada hari tersebut para nelayan akan ‘bercuti’ dari mencari rezeki di laut selama 3 hari bermula petang sebelumnya sehinggalah keesokan hari. Barangsiapa yang melanggar peraturan, mereka akan dikenakan denda.
Kaul tradisi dimulakan dengan memacak ‘serahang’ di satu lokasi yang ditetapkan dan diikuti dangan pemujaan dan memberi makan kepada ipok ini. Selesai acara tersebut, penduduk tempatan dan orang ramai yang datang akan menghidangkan makanan yang dibawa (jika ada membawanya) dan dimakan bersama-sama, tak ubahnya seperti ‘perkelahan besar’ di pantai.
Tetapi sekarang ia lebih merupakan satu pesta keramaian, tak ubah seperti pesta-pesta lain yang diadakan diseluruh negara, cuma tempat atau lokasinya adalah di pantai, sebagai mengekalkan tradisi asal. Berpuluh-puluh gerai disediakan oleh Majlis Daerah Mukah untuk disewa peniaga dan berpuluh-puluh acara juga diadakan sepanjang 5 hari pesta tersebut. Kemuncaknya adalah pada 30 April, dan berakhir pada 1 Mei.
Antara acara-acara yang saya dapat tahu dari rakan-rakan di Mukah ialah seperti pertandingan Ratu Kaul, Karaoke, Konsert, Motorshow, Bertandak, Bermukun dan pelbagai acara pertandingan selain jualan pelbagai barang di gerai yang disediakan.
Saksikan foto-foto yang sempat saya rakam untuk perkongsian.
Saya tidak sempat melihat acara perasmian pada jam 11.00 pagi kerana saya sampai di Mukah sebelah tengah hari dan berkunjung ke pantai Kala Dana pada sebelah petang.
'Serahang' dengan tajuk Pesta Kaul
Permainan tradisi 'Tibow'
Orang di Sarawak sajalah yang dapat tengok ya...
Salam ckLah.
Saya pernah juga ketika belajar di semenanjung, dengar berkaitan pesta puja pantai. Tak tahulah kalau ia masih lagi dilakukan. Mungkin ada persamaan. Wallahua'lam.
Kaul sekarang lebih kepada santai dan hiburan dan tidak lagi menekankan unsur puja ipok laut.
TQ
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
air balang kenduri kahwin
Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau "Pagan" untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu.
Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa senario baru kepada Kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih terselit keunikan warisan Bangsa Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.
Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini menghidangkan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti "Tibow", pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti "Tebaloi, Si'et, Sagu dan Umai", persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakraban yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.
mesti riuh dgn keseronokan.. meriah dgn suasana..
Assalamualaikum,
Begitulah uniknya Malaysia yang kita cintai ini.
Paparan yang menambah pengetahuan saya, terima kasih.
Selamat merayakan Pesta Kaul.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy cat spray dashboard kereta
Satu "event" besar yang dipanggil sebagai Pesta Kaul.. Pesta Kalu di Mukah di antara Pesta Kaul yang paling meriah di Sarawak disebabkan sebahagian besar masyarakat Mukah terdiri daripada kaum Melanau..
Ramai orang dari bandar-bandar lain seperti Sibu, Bintulu, Miri, Kuching dan sebagainya juga akan datang ke Mukah untuk memeriahkan pesta ini.
assalamualaikum...byk juga aktiviti kerakyatan di sana. jln2 mkn angin mesti best ni...turut meraikan tak bole kot.