Bil 54/2011 Hadiah Hari Guru
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam Sejahtera.
Tidak terlambat rasanya kalau nak ucapkan ‘Selamat Hari Guru’ buat semua warga pendidik sekalian. Tak kira sama ada anda adalah guru tadika atau prasekolah, sekolah kerajaan atau bukan kerajaan, sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan, pensyarah IPT atau IPTA mahupun IPG seluruh negara.
Berita gembira, dan mungkin juga kurang gembira, telah diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri, bukanlah nak membelakangkan Menteri Pelajaran, tetapi sebagai menggambarkan betapa serius dan benarnya pengumuman ‘berita baik’ tersebut, demi memartabatkan profesyen keguruan.
Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan. Jika mereka berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.
“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.
Hari ini saya membaca artikel berkaitan di ‘Berita Harian Online’ [http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NaikhinggaDG54/Article/] dan ‘terkesima’ sebentar apabila membaca beberapa komen yang terpapar dibahagian bawah artikel berkenaan. Saya tersenyum, saya juga kehairanan dan saya juga rasa malu dengan gelagat segelintir ‘kita’ yang melontarkan komen-komen yang pada saya seperti kurang matang dan mengikut perasaan. Ternyata perasaan tidak puas hati yang dilontarkan itu juga boleh menyinggung perasaan sebilangan lain kerana masing-masing merasakan mereka ‘lebih berhak’ untuk itu dan ini.
Beberapa komentar tersebut yang saya ‘cut & paste untuk renungan.
Semua guru layak mendapat pengiktirafan. Kalau guru biasa tak buat kerja, mana nak dapat pencapaian cemerlang. Sekolah cemerlang maknanya semua gurunya cemerlang, berdedikasi dan satu matlamat dengan pentadbir. Kalau askar penakut dan tak terlatih takkan boleh menang peperangan. [rasmali]
macam mana dengan pensyarah...kami pun bertungkus lumus..sampai ke malam..guru kerja sampai pukul 2 je..pastu cuti sekolah diorg pun turut cuti...byk sgt ke keje cikgu [mohdkarim]
En Karim En Karim, kau pensyarah kat mana ni? cakap mcm bukan pensyarah, ingat kau saje yg byk keje? minta posting balik jd guru biasa la en karim, br tau. tp kalau dah sampai sekolah biasa, jgn pulak komplen keje banyak. [cikgu]
come laa en karim..guru skng ukan mcm dulu..konon keja half day..byk urusan pntabiran kn buat..kelas tmbhan tahun 6..kdg mlm pun buat kelas..skng 1sukan 1murid..akt kokum lg..suma yer d buat d luar waktu P&P..kdg2 guru tpakse keja lbh dr 8jam sehari..smpi umah nak tanda kertas..buat RPH..soalan..jd jan laa pertikaikan tugas guru..en karim pun dulu pnah jd guru b4 jd pensyarah..jd msti sdh maklum dgn hal ini..tau zaman en karim jd cikgu dulu..xmcm nie..Zaman dah berubah en karim..Apapun thanks atas hadiah hari guru ini..wpun xsemua yg mendapat faedah yer..mgkin d masa akn dtg..ada jugak juga..thing p+ jelaa.. [Ezat]
naik tu baguslah tapi tgk2 la kami yang dg41 sama.. selama ni sebarang kenaikan lebih memihak kepada DGA29 dan DGA32 saja.. Jangan menganaktirikan kami guru2 DG41.. [azhansofi]
salam kpd guru dg 41 di sk,jangan angkuh sangat dengan dg yang anda perolehi,Ingat anda dulu pun diajar oleh guru dg 29/32/34 sebelum dapat dg 41.jangan biadab sangat.. [guru tua 2]
ingatkan berita gembira buat SEMUA GURU tp hanya segelintir dpd lebih 300,000 guru seluruh negara yg dapat habuan!!!!guru-guru biasa bertungkus lumus, ketua pula dapat habuan.....kesian kami guru2 yg tak ada pangkat ni!!!!mcm tak nampak je kewujudan golongan kami di sekolah.mcm mana nk perform jika penat lelah langsung tak dihargai.fikir-fikirkanlah dan selamat beramal... [zailan]
Entahlah...mutakhir ini, kalau terjumpa rakan-rakan lama dalam mesyuarat guru atau kursus, soalan yang pasti ditanya:
"Kau DG berapa sekarang?"
Jujurnya...saya kurang berkenan dengan senario ini. Bukankah itu sinonim maksudnya dengan "Berapa gaji kau sekarang?" Atau "Berapa banyak harta kau sekarang?"
Tapi, itu perasaan saya seoranglah...
Selalunya saya jawab:
"DG-Mon!"
Assalamualaikum Cikgu Lai,
Kalau ikut mata kakak kurang setujulah dgn En Karim tu sebab ramai jiran kakak yg menjadi guru walau di rumah kerja mereka tak habis lagi.
Balik pula dah macam org kerja pejabat juga hingga petang baru tiba.
Apa yg pasti tanggapan masing-masinglah. Guru bagaimanapun amat diperlukan demi utk melahirkan generasi yg celik.
Assalamualaikum...
Seorang guru tidak akan menjadi guru yang sesungguhnya sampai ia mampu menemukan apa yang diinginkan oleh Al-Quran...
Assalamu'alaikum..
Selamat Hari Guru buat sahabat Admin P@P, Semoga ilmu yang dicurahkan menjadi saham di akhirat sane..ameen, insya'ALLAH
fii amaanillah
Adakala cerita/berita begini buatkan saya rasa lega tidak menjadi guru...
Bila guru sama guru berdebat dan berbahas, terkeluar pula gaya yang tidak boleh dicontohi, kan?
Bersabar, kan guru itu ibarat lilin yang menerangi tapi membakar diri?
Tabik pada semua guru!
“NUR KASIH the Movie: Bila Hati Sudah Kasih...”
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy spray bumper dan grip handle pintu
guru dan kerjaya mulia wajar di hargai dan di hormati...
Cikgu-cikgu kita ni kata beban mereka semakin banyak. Kerja-kerja di sekolah semakin bertambah. Sistem pelajaran, silibus, dan dokumentasi yang perlu diuruskan sendiri oleh guru semakin bertimbun. Itu belum lagi disebut tentang kerja mengajar mereka...
Macam-macam kerja cikgu-cikgu kita ni kena buat. Dari mengajar murid dan pelajar yang semakin kurang ajar dan mak bapak yang masuk sebelah anaknya yang samseng, hinggalah "pedagogi" dan pelbagai sistem pelajaran yang sering berubah-ubah mengikut "mood" Kementerian, semua itu perlu dilakukan oleh guru-guru.
Kursus-kursus oleh PPD turut membebankan. Teks dan silibus yang bertambah serta sering ditukar, sering menjadi rungutan guru. Periksa kertas peperiksaan, kurikulum, dan macam-macam lagi mereka kena buat. Hinggakan photostat pun depa juga kena buat sendiri. Kerani sekolah tak nak buat!
hmm gua tak tau nak komen macam mana, tapi dari komen2 tu nampak sangat mentaliti orang2 kita ni masih tahap bawah, bukan mentaliti negara maju dan bukan mentaliti orang2 cerdik
Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy boot kereta karat
diy spray bumper dan grip handle pintu
Guru juga manusia biasa dan dalam setandan pisang, pasti ada yang buruk.
Tidak salah tidak berpuas hati namun cara kita melontarkan ketidak puasan hati kita menggambarkan siapa diri kita.