Bil 77/2011 Wira Sebenar

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Berita hangat yang disebarkan di TV malam ini berkaitan kematian seorang wartawan Malaysia yang bertugas dengan BERNAMA iaitu Noramfaizul Mohd. Nor. Perdana Menteri dalam 'berita yang baharu diterima' di TV3 menyifatkannya sebagai wira sebenar Malaysia. Al-Fatihah buat Allahyarham dan takziah buat keluarga beliau. Ajal maut di tangan Tuhan. Kita kena redha dan berserah padaNya, mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat.
Sepanjang minggu ini juga kita dihidangkan dengan kisah 'seorang yang cuba menjadi wira baharu' iaitu Mat Sabu yang dipetik oleh akhbar kebangsaan dan semua saluran TV sebagai seorang yang menyokong aliran komunis dan cuba mengubah sejarah. Beliau juga disebut sebagai mengagung dan menyokong bahkan mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam ceramah beliau di Pulau Pinang pada bulan lepas.

Dalam beberapa blog yang saya baca dan klip di 'you tube' yang saya saksikan, saya tidak dapat mengesan kenyataan dari Mat Sabu yang menyebut dan mengagungkan 'komunis'. Bukanlah bermaksud saya penyokong Mat Sabu, sekadar berfikir sejenak berkaitan kekeruhan yang berlaku dalam negara kita sempena kemerdekaan ke 54, yang mana ramai juga yang pening dengan keadaan yang berlaku di Aidil Fitri yang mulia ini.

Salam Merdeka buat rakyat Malaysia.
Merdeka Zahir Batin.


5 Response to "Bil 77/2011 Wira Sebenar"

  1. atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    Al Fatihah

    pasal mat sabu...cuba baca disini
    http://nginapsrengenge.blogspot.com/


    Wassalam

    Anonymous says:

    Sedih dengan kejadian yang berlaku tapi apa boleh buat semuanya ketentuan Allah.

    Al-Fatihah untuk roh almarhum Noramfaizul Mohd. Nor dan takziah untuk seluruh keluarga beliau.

    Begitu juga dengan Aji Saregar mazlan semoga beliau semboh segera.

    politik kepartian memang banyak fitnah

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Moga Allah mengampunkan segala dosanya..

    Assalamualaikum cikgu,

    Ketentuan Allah yg tidak dapat dielakkan... Moga dia aman di sana

Powered by Blogger