Bil 80/2011 Pencapaian DiUtamakan

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.


Rupa-rupanya masih ada lagi pengurus sekolah (Guru Besar) yang lebih mementingkan keputusan keseluruhan/prestasi sekolah daripada murid-muridnya. Demi untuk mengekalkan prestasi keseluruhan yang 'baik' maka tiga pelajar ini telah di'kuarantin' dan di'kunci' dalam bilik khas sementara rakan-rakan mereka yang lain menduduki peperiksaan UPSR minggu ini tadi. Alasan yang 'amat kukuh' yang diberikan ialah kerana murid-murid ini amat lemah dan tidak mungkin dapat lulus dalam UPSR.

Persoalan di sini ialah apakah yang guru-guru telah lakukan untuk membantu murid-murid yang lemah ini. Adakah 'kelemahan' mereka hanya diketahui menjelang UPSR? Memang saya akui kebanyakan murid yang bersekolah adalah kerana mereka tidak pandai, dan ibubapa inginkan mereka jadi pandai. Inilah tugas guru. Kalau semua insan dilahirkan pandai dan secara 'otomatik' menjadi pandai seiring tumbesaran mereka, maka tidak perlu ada profesion keguruan dan tidak perlu ada sekolah.

Saya teringat apa yang berlaku kepada anak ke dua saya semasa di tahun 3, beberapa tahun yang lalu. Anak kecil ini menangis balik ke rumah dan apabila ditanya maka jawapannya dia dimarahi guru kerana jawapan yang salah dalam 'kerja rumah' yang diberikan. Dan yang lebih menyedihkan dia dimarahi dan dilontarkan dengan perkataan BODOH. Lebih menyedihkan apabila saya sebagai bapa juga dikaitkan sama. "Anak .... (pekerjaan bapa) BODOH". Bukan saya mempercayai kata-kata sang anak 100% tanpa syak. Tapi ditanya banyak kali, itulah yang dijawabnya. Wajarkah seorang guru 'menggelarkan' pelajarnya sebagai BODOH?  Kalau ya pun, pelajar ini bodoh, tapi  dia masih boleh dibentuk, itulah tugas guru.

Teringat juga peribahasa yang menyebut 'seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit' dan 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Sebenarnya ramai lagi guru-guru di luar sana yang memberi komitmen yang terbaik dan tertinggi dalam membentuk pelajar kita. Tahniah Cikgu. Rakan-rakan kita yang 'bermasalah' ini hanya dua tiga orang sahaja, tapi masyarakat akan melihat kepada yang dua tiga orang ini sebagai 'kayu ukur'.

Sama-sama memartabatkan profesion keguruan. TQ

5 Response to "Bil 80/2011 Pencapaian DiUtamakan"

  1. atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    ini lah kalau kebendaan/nama/pangkat yg diutamakan

    Wassalam

    azieazah says:

    Saya antara orang yang tidak sekuat para guru, tidak sekental para cikgu sebab tu saya memang tak mahu jadi guru. Tak mampu dgn cabaran itu.

    Para cikgu zaman sekarang sangat mencabar!

    Assalamualaikum cikgu,

    Macam-macam dunia pendidikan sekarang. Tapi tak patutlah kata anak murid bodoh atau lontaran yg kesat kerana dah tugas dia sebagai guru didiklah seboleh yg termampu..

    Queenie says:

    Assalamualaikum cikgu...

    sabarnya cikgu...
    kalau anak saya dah diperdengarkan ayat-ayat sebegitu, saya dengan senang hati pi jumpa sipelontar kata..bagi dia dengar pulak lontaran kata-kata dari pihak saya...

    bak kata orang, makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap..

    eh, kaki gaduh ker saya nih?
    tengok tempat dan keadaanlah...
    sabar tu sabar jugak, mmg itu yg sebaiknya tapi...
    mana yg patut dihempok, hempokkan jer...biar sama-sama belajar...
    ngeh3...

    Apakah ini kesilapan NKRA? Masing2 ingin kejarkan anugerah sekolah.

    Bahkan ada sekolah yang memilih murid untuk masuk tahun 1. Apa pandangan cikgu?

Powered by Blogger