Bil 78/2011 Lagi Maut di Syawal

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Pagi ini ada dihebah dalam berita bahawa kemalangan maut membabitkan perjalanan musim raya tahun ini meningkat berbanding tahun lepas. Satu indikator bahawa Ops Sikap tidak mendapat kerjasama yang baik dalam kalangan pemandu kenderaan. Sikap dikatakan sebagai salah satu faktor utama. Nak cepat balik. Nak cepat sampai ke destinasi. Nak memastikan kelajuan kenderaan dikerah sehingga ke maksimum. Semuanya ini adalah andaian semata-mata.

Sebagai umat Islam kita percaya ajal maut adalah ketentuan Ilahi. Tapi kita juga hendaklah memastikan keselamatan nyawa dan berusaha agar tidak mati dalam keadaan yang pilu dan menyayat hati. Jaga keselamatan kita sendiri, jaga juga keselamatan pengguna lain.

Takziah juga diucapkan kepada Encik Khusaini Sulong yang maut dalam kejadian pertembungan dua pacuan empat roda dalam perjalanan ke Bintulu pagi semalam. Beliau adalah pemandu yang membawa dua orang pegawai dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri, yang mengiringi konvoi dua buah kenderaan dari Jabatan Pelajaran Negeri dalam perjalanan menghantar dokumen Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Bintulu.


Beliau memandu Nissan Xtrail dan kenderaan yang 'gagal dikawal' dan masuk ke laluan beliau ialah Toyota Hilux. Saya sendiri dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga sering melihat Toyota Hilux yang terlibat kemalangan, sama ada melibatkan kenderaan lain atau kemalangan sendiri. Bahkan dalam perjalan balik dari kampung baru-baru ini, saya juga terserempak dengan Hilux yang 'terlantar' di seberang longkang. Rakan-rakan mengaitkan Hilux dengan ketidakstabilannya kerana bahagian belakangnya yang ringan jika tanpa muatan, terutama apabila melalui selekoh.

Peringatan buat kita semua. Berhati-hati ketika memandu. Berdoalah. Berhemahlah. 'Bismillah' sebelum naik kenderaan dan menghidupkan enjin. InsyaAllah akan dipeliharaNya.

5 Response to "Bil 78/2011 Lagi Maut di Syawal"

  1. Assalamualaikum cikgu,

    Apa yg sedihnya bila kemalangan maut terjadi pada mereka yg tidak bersalah. Yg melanggar selamat yg dilanggar maut!!

    Alfatihah...ajal dan Maut di tanganNya, semoga semuanya beringat utk memandu scr berhemah...HILUX??

    kite yg hati2, orang lain plak wat perangai beruk

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Kita hanya boleh merancang agar keadaan selamat di jalanraya, namun kehendak Allah kita tidak boleh hindari. Apa yang mampu kita buat ialah berdoa agar kita beroleh keselamatan semasa dalam perjalanan jauh.

    subhaAllah...

    ajalnya sudah sampai..marilah kita sedekahkan al fatihah utknya

Powered by Blogger