Maal Hijrah 1432



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Sempena Sambutan Maal Hijrah 1432H/2010M yang berpusat di Bahagian Bintulu, konvoi yang disertai 30 buah motosikal berkuasa tinggi Bintulu Bikers Community (BBC) menyertai Kembara Semarak menjelajah negeri Sarawak.

Menurut Pengerusi Penganjur Program Kembara Semarak Hijrah Ustaz Azhar Hitli, konvoi yang bermula daripada Bintulu pada 27 November yang lalu menjelajah sejauh 1432 kilometer dan jarak tersebut adalah sempena Sambutan Maal Hijrah 1432H/2010M. Konvoi tersebut akan meneruskan perjalanan mereka ke Kuching, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kanowit, Sibu dan akan berakhir di Bintulu pada 2 Disember 2010.

Menurut beliau lagi, tujuan konvoi tersebut diadakan adalah untuk mempromosikan kepada masyarakat tentang sambutan Maal Hijrah yang akan berpusat di Bahagian Bintulu pada tahun ini dan program tersebut adalah anjuran Jabatan Agama Islam (JAIS) dengan kerjasama Mahkamah Syariah Bahagian Bintulu. [http://www.samarahanro.sarawak.gov.my/modules/web/page.php?id=73]


Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua rakan bloggers dan pembaca budiman. Semoga kehadiran tahun baharu kalendar Islam ini akan membawa sinar baharu yang lebih bercahaya dan bergemerlapan buat kita semua.

Kebiasaannya pada tahun baharu Masihi ramai yang akan bercakap mengenai azam baharu dan sejauhmana azam yang lepas berjaya dicapai. Atau dalam bahasa 1Malaysia, kita kata sejauhmana KPI tahun yang lalu tercapai.

Sambutan tahun baharu Hijrah tidak sehebat tahun baharu Masihi dari pelbagai aspek: tiada ‘count down’, tiada konsert, tiada lumba haram, dan yang lebih penting tiada aktiviti ‘persenyawaan haram’ diadakan (mudah-mudahan, InsyaAllah) kerana tiada aktiviti yang memungkinkan berkumpulnya silangjantina di satu-satu tempat yang akan berakhir dengan runtuhnya keimanan yang sedia rapuh dalam kalangan sebahagian muslim kita.

Apa yang ada hanyalah beberapa aktiviti yang mungkin tiada hebahannya diselami dengan aktiviti rutin seperti doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah, ceramah/forum Maal Hijrah, perhimpunan Maal Hijrah dan penganugerahan bintang atau pingat Maal Hijrah kepada individu atau kumpulan yang telah menyumbang kepada kebangkitan dan perkembangan Islam.

Fikirkan pula apa sumbangan kita sempena Maal Hijrah ini. Wallahu a’lam.

10 Response to "Maal Hijrah 1432"

  1. as salam ziarah..terima kasih atas perkongsian yang sungguh bermanfaat ini

    kak Erna says:

    salam..dan terima kasih mengingatkan..insyaallah..doa akhir dan awal tahun..yang tak pernah dilupakan..

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum..

    Semoga kitak beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam redha~Nya..

    Jihad thaqafiyah iaitu kesungguhan untuk mendapatkan ilmu. Bangsa yang membangun selain memerlukan kekuatan kebendaan ia juga memerlukan kekuatan ilmu. Ilmu akan menyediakan segala rekaan dan penerokaan yang diperlukan oleh sesebuah bangsa. Islam tidak pernah menolak ilmu malah Islam meletakkan ilmu sebagai suatu tuntutan sama seperti kekuatan yang lain. Dan tidak membezakan antara ilmu dunia dengan ilmu agama. Iman dan ilmu tidak boleh dipisahkan.

    Salam sahabat..

    Tahun baru Islam kenalah buka sifat - sifat baru dan tinggalah perangai - perangai buruk yang dahulu...

    salam 'alaik

    Marilah sama-sama kita mengakhiri tahun ini dengan berpuasa sunat hari isnin dan seterusnya membanyakkan puasa pada bulan muharram.

    Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


    selain itu, marilah sama-sama kita berhijrah meninggalkan perbuatan buruk.

    selamat menyambut tahun baru hijrah
    :)

    Salam,

    Selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga sentiasa bertambah baik.

    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    "Salam Maal Hijrah" 1432H/2010M.
    MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

    Buka buku baru tutup buku lama....

    Doa akhir tahun jangan dilupakan.... Insya Allah.... Selangkah ketahun hadapan diharapkan lebih baik dari tahun sebelumnya...

    Assalamua'alaikum..

    Salam Maal Hijrah buat sahabat Admin P@P, semoga kita semua melangkah ke arah penghijrahan yg lebih baik selepas ini dan seterusnya...

    p/s: kita sama2 doakan..

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.

    Terima kasih kepada rakan-rakan yang berkongsi pandangan dalam ruangan saya. Semoga Allah memberkati kalian.

    TQ

Powered by Blogger