Kahwin Perkahwinan



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia diambil orang." Begitulah, antara lain, bait senikata lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.  Dalam Islam, perkahwinan perlu dicepatkan bukan kerana bimbang kekasih jatuh ke tangan orang lain, tetapi kerana itulah yang dituntut oleh agama agar dapat menjauhkan diri dari maksiat.  Sudah tentulah bagi pihak lelaki, ‘kemampuan’ menjadi syarat utama. 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa memiliki kemampuan untuk kahwin, hendaklah ia berkahwin. Hal itu lebih membantu menjaga pandangan serta melindungi kemaluan. Namun, apabila tidak mampu, hendaklah ia berpuasa. Dengan berpuasa, syahwatnya akan lemah."  Hadis ini menunjukkan bahawa bila ada kemampuan, kahwinlah. Jangan ditangguhkan lagi. Sebaliknya, bagi yang tidak mampu, ia tidak boleh berkahwin sebaliknya berpuasalah untuk menjaga nafsunya.

Islam adalah satu agama yang menganjurkan perkahwinan. Malah tiada agama menentang perkahwinan kerana perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk membina keluarga dan mengembangbiakkan umat manusia.

Islam melihat perkahwinan sebagai satu daripada fitrah manusia. Setiap manusia perlukan teman hidup yang dapat mententeramkan jiwa dan berkongsi suka dan duka. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21). Melalui perkahwinan juga, Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berkembangbiak (an-Nahl: 72). Selain ayat-ayat ini, Allah juga berfirman di dalam al-Quran tentang kehidupan para Rasul yang juga berumahtangga (ar-Ra'd: 38). Demikianlah fitrah manusia, sama ada manusia biasa mahupun para Rasul, mereka tetap ingin hidup berteman dalam sebuah perkahwinan.

Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Hadis ini menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan satu sunnah dan sebagai umat Muhammad, kita perlulah mengikuti sunnah Baginda.

Walaubagaimanapun, dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud: “Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinan itu dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya”. (Riwayat Al-Bukhari)

Suatu ketika kita pernah dikejutkan dengan laporan seorang bapa menikahkan anaknya yang baru berumur 11 tahun dengan seorang rakan jemaahnya berumur 41 tahun.  

Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS) memperuntukkan: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu”.

Perkahwinan yang dilakukan tanpa persetujuan kanak-kanak ternyata membebankan diri mereka sendiri sedangkan fizikal dan mental mereka masih tidak dapat menerima situasi seperti ini.

Satu ‘fenomena’ yang kita saksikan di Malaysia sekarang ini, bukan sahaja kes atau situasi berkahwin dalam usia yang terlalu muda, dan dalam sesetengah kes sanggup lari ke Lombok kerana dah ‘tak tahan’ lagi, tapi yang lebih mengujakan ialah perbezaan umur yang begitu ketara antara pasangan yang tidak lagi muda. Kalau bezanya sekadar 5, 6 tahun, kita akan anggap ia sebagai sesuatu yang biasa. Dan lelaki lebih ‘tua’ dari perempuan. Tapi kalau perempuan lebih tua, kita akan rasa sesuatu macam tak kena, tapi tak salah dari sudut agama memandangkan ia berlaku kepada Rasulullah.

Tapi kalau beza umur sehingga memungkinkan  kita mengandaikan isterinya ‘sebaya’ dangan anak sendiri, maka kita akan mula terfikir; apakah rahsianya, ubat apa yang diamalkannya…

UCAPAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA KM SARAWAK YANG TELAH SELAMAT DIIJABKABULKAN  DENGAN PASANGANNYA SEORANG WANITA KETURUNAN LEBANON (SUMBER AKHBAR MALAYSIA). Sesuai dengan SCORE yang rancak berkembang di Sarawak, maka kita akan lihat KM kita akan lebih bertenaga dengan ‘tenaga yang diperbaharui’ ini.

14 Response to "Kahwin Perkahwinan"

  1. Mohamad says:

    Selamat berbahagia kepada KM kita... Kejayaan seorang lelaki sudah tentu dari sokongan seorang wanita...

    Semoga KM kita terus berjaya sebagai pemimpin yang berwibawa..

    Tahniah..

    IMANSHAH says:

    salam

    hurm ni yg buat teman teringin nak kahwin nih

    Salam,

    Perkahwinan menghalalkan yang haram antara dua orang manusia yang berlainan jenis.

    kahwin=satu ibadat
    tak kahwin kemudian berzina=menempah laknat...

    zaman skang ni ramai orang berzina sebab masalah mentaliti masyarakat. dari sibuk2 nak ajar pendidikan seks, lagi baik ajar pasal institusi perkahwinan...

    pendidikan seks... (ramai yang akan pikir amali dari teori)...

    as salam ziarah..tahniah kpd KM Sarawak ini..semoga perkahwinannya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat

    birU says:

    salam cikgu,
    heheheh....

    bila lah nak kawin lagi ni, ahaks!!

    CekWa says:

    Jadi pengantin baru lagi..!

    salam kenal...tahniah kpd KM Sarawak...perlu pengganti untuk menjaga diri - susah senang ada tempat nak mengadu.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum
    Semua rakan-rakan yang telah sudi berkongsi pandangan, semoga manfaatnya kembali kepada kita semua.

    Nikah itu merupakan sunnah Rasul saw., walaubagaimanapun pastikan segala kewajiban berkaitannya dapat ditunaikan dengan sebaiknya.

    TQ

    aby says:

    salam ziarah P@P,
    berkahwin adalah satu sunnah,
    perkahwinan melengkapkan fitrah kehidupan, dlm masyarakat kite,kehidupan kurang lengkap sekiranye masih tidak berkahwin.

    rabeahtul adawiyah, wlupun seorg sufi yg terkenal tp masih dikate kurang lengkap kerane tidak menghidupak sunnah, iaitu, berkahwin.

    TQ menziarahi blog saya ...

    Hunny says:

    Salam,

    USia soal kedua. Paling penting perkahwinan dijadikan asas untuk menumpahkan fitrah kasih sayang di antara lelaki dan perempuan menurut piagam SYarak.

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam Aby dan Hunny.

    Terima kasih perkongsian pandangan. Perkara yang baik janganlah disembunyikan dari pengetahuan ramai, bahkan sunat dihebahkan.

    TQ

    CikguIna says:

    Salam ziarah, Admin.
    Blog yang penuh kupasan ilmu untuk cernaan minda...
    Teruskan berbakti...

    Kamsiah says:

    salam
    kawen tu mudah...tak cukup duit,tak dapat izin...pi kawen kat siam heehe...

    masalahnya nak mengekalkan ikatan perkahwinan tu...
    bersediakah berkorban jiwa dan fizikal...

Powered by Blogger