Bil 93/2012 Taubat


Assalamualaikum.


Daripada Abu Hurairah RA katanya:  "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya di dalam sehari lebih daripada 70 kali."

Kita umat Islam hari ini seperti mengambil mudah soal istighfar atau memohon keampunan dari Allah yang juga disebut sebagai taubat atau bertaubat. Masa yang paling sesuai untuk memohon keampunan Allah atau bertaubat kepadaNya ialah sesudah selesai solat lima waktu. Hanya seringkas ucapan atau lafaz ‘astaghfirullah al’azim’, tetapi sebahagian kita lebih rela bergegas bangun dan berlalu tanpa doa atau doa yang amat ringkas sebaik memberi salam.

Kalau kita dapat amalkan bertaubat pada setiap kali selepas menunaikan solat, sekurang-kurangnya 20 kali lafaz istighfar bagi setiap waktu,  memahami maksudnya serta dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita akan terhindar dari perbuatan yang yang keji dan mungkar.  Ia sebagai benteng tambahan selain solat fardhu, kerana solat fardhu kita itu belum tentu kesempurnaannya, dan belum tentu dapat menghindarkan kita dari perbuatan keji dan mungkar.

Semoga kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Admin P@P

5 Response to "Bil 93/2012 Taubat"

  1. Unknown says:

    Asalam..rakan guru.
    Tq melawat ke blog saya ya..masa ni kami tengah tunggu peserta PROGRAM NILAM peringkat pedalaman Sabah..so ada masa nak ke laman maya..

    thanks for sharing. :)

    sepatutnya at least sebut la astaghfirullah sebaik habis solat. ada terdengar pasal hal ni dalam ceramah kat tv baru2 ni. tapi lupa dah rancangan mana dan ustaz mana.

    munna says:

    TQ UNTUK PERKONGSIAN INI

    Unknown says:

    Asalam..apa khabar?
    Majalah ni bagus, ada saya membelinya..cantik ntry ada manfaat..

    salam tuan,

Powered by Blogger