Bil 92/2012 Valentines Day


Assalamualaikum.


Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh- tokoh agama, mereka telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku? Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan sebagai seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji dengan Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.  Maksud firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:
 Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada ‘kekasih’ perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan penciptaNya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat. Maksud firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:
Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, semua pihak hendaklah  mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Malaysia.  Jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.

(diolah dari khutbah Jumaat yang disediakan JAKIM)

Admin P@P

7 Response to "Bil 92/2012 Valentines Day"

  1. atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    kena adakan satu slot khas dlm rancangan tv, untuk menerangkan bab sebegini

    ramai org amik ringan pasal hal ni.

    padahal dah mmg terang salahnya walau tak associate dgn agama sekalipun.

    Salam,
    Setiap tahun, bila menjelang Februari, perkara ini timbul . Memang sambutan ini bertetangan dengan agama Islam .. Mengapa masih nak sambut lagi ?

    Queenie says:

    Assalamualaikum...

    mengapa ada peruntukan hari tertentu utk menyatakan kasih dan sayang ya? apakah selain dari hari2 tersebut, semuanya harus pudar..?

    me suya says:

    salam
    yup..perkara ni lama sudah dihebahkan, haram hukumnya.. tapi biasalah, yang ditegah itulah yang selalu dilakukan.. as if, kita sesama makhluk, seagi mampu.. Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain. Tak lain tak bukan, demi kesejahteraan dan Islam yg sejagat.. insyaALLAH

    Kamsiah says:

    salam
    hanya yg tolol saja yg sambut hari kekasih ni...

    Say No to valentine day..

    Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

Powered by Blogger