Bil 89/2012: Puji


Assalamualaikum.


Memberi pujian atau memuji merupakan satu perbuatan yang amat mudah. Walaupun mudah, tidak semua orang mampu melakukannya.  Bahkan dalam keadaan tertentu di mana kita mempunyai peluang untuk mengeluarkan kata-kata pujian, sebaliknya kita lebih memilih untuk menggunakan kata-kata negatif, seperti cemuhan dan sindiran.   

Saya juga mempunyai pengalaman bagi menyokong bahawa dalam keadaan tertentu, manusia kerana egonya yang melampau-lampau suka mempertikaikan kebaikan orang lain dan mencemuh, berbanding memberi pujian. Dalam satu mesyuarat staf, pernah pengerusi  mempersoalkan, apakah kalau tidak dipuji maka kamu semua tidak dapat melakukannya dengan baik? Apakah perlu sangat  bagi kamu untuk dipuji?  Rata-rata staf yang menghadiri mesyuarat pada hari tersebut hilang ‘mood’ dan tidak bermotivasi akibat serangan kata-kata ego  sang pengerusi.

Pujian amat bermakna bagi setiap seorang dari kita. Pujian boleh memotivasikan. Pujian boleh menaikkan semangat bekerja dengan lebih tinggi lagi. Pujian boleh menghasilkan kejayaan kepada kita. Saya masih ingat, apabila menjemput anak dari sekolah, saya bertanyakan anak kecil ini, apakah ada gurunya di sekolah yang memujinya hari tersebut? Maka dengan gembira yang melonjak-lonjak si kecil ini menceritakan  bahawa gurunya telah memujinya satu kali pada hari tersebut. Baru satu kali puji, anak kecil ini telah menjadi lebih yakin dan bersemangat.

Ibu bapa yang selalu mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak-anak, akan membuatkan anak-anak berfikiran negatif. Guru yang kedekut memberi kata-kata motivasi dan pujian, hanya akan melahirkan murid/pelajar yang pasif dan lembab. Oleh itu bukalah mata, bukalah minda. Berilah pujian kepada mereka yang kita sayangi dan sukai, atau mereka yang melakukan sesuatu yang boleh menyukakan hati kita. TQ

Admin P@P

9 Response to "Bil 89/2012: Puji"

  1. IMANSHAH says:

    setuju..kejian itu menyebabkan anak-anak rasa terpinggir

    jika seorg kanak-kanak dipuji,dia akan belajar menghargai diri sendiri dan orang lain

    jika sentiasa dikritik dia akan belajar mengkritik...

    pujian satu terapi dan cara yg lebih kesan untuk mendidik mrk :)

    PCL says:

    Assalamualaikum, memang pujian membantu keyakinan diri khususnya pd anak2, tp tgk keadaan juga kalau sentiasa dipuji akan melenyapkan keikhlasan dihatinya mungkin.

    Salam cikgu...
    Saya baru dipindahkan ke sebuah sekolah 'tercorot' dalam daerah dari segi akademik dan tahap disiplinnya. Dalam 1 kelas, hampir separuh muridnya adalah 'buangan' dari sekolah lain. Terkejut saya dengan ketrampilan mereka. Sangat susah mahu mengajar kerana proses kawalan kelas juga amat sukar.

    Namun Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan, sudah nampak perubahan....dan antara kuncinya adalah pujian yang saya selitkan dalam buku latihan(dan tepukan di bahu). (Harap sentuhan itu diterima sebagai sentuhan seorang ibu kepada anak). Masing-masing sibuk nak tunjukkan kerja, kerana nak baca pujian. Kasihan. Meski sudah tingkatan 4, tapi masih macam kanak-kanak. Betul, latar keluarga yang demikian rupa, memang 'tidak sempat' memuji anak. 'Tekong samseng' kelas yang dulunya sesuka hati keluar kelas semasa saya mengajar, kini akan menarik kerusinya di sebelah meja guru setiap kali saya mengajar, diikuti 'anak-anak buahnya!'. Cemburu, kalau saya memuji rakan mereka yang lain!

    Unknown says:

    terima kasih untuk post ni.sangat bermakna untuk dibaca pagi pagi ahad ni. :)

    Perlu ikhlas semasa memuji, kalau tak ikhlas jadi membodek pula...


    Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

    nahmy says:

    niat yg baik=pujian=pernyataan positif=melahirkan tindakan positif=hasil yg positif. tp biar bertempat, bukan pd mereka yg tak memerlukannya spt yg dah berpangkat...dan berharta...atau kerana mahukan pangkat & harta

    CekWa says:

    cekwa bersetuju sgt dgn pendapat ini...mmg pujian walaupun kecil boleh memberi motivasi yang sgt besar kepada kita semua.

    ch000tz says:

    ikhlas tu perlu :)

    nyway dah follow sini.....follow back if sudi :D


    http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/oh-welli-know-you-are-such-damn.html

Powered by Blogger