Bil 88/2012: Mahal


Assalamualaikum.

Nampaknya musim ‘tengkujuh’ masih lagi berlegar. Hujan turun hampir setiap hari dengan pelbagai  penampilan, dari yang  lembut iaitu hanya renyai-renyai, sehinggalah kepada yang  agak ganas iaitu hujan lebat sepanjang hari. Alhamdulillah nampaknya tiada kawasan yang dilimpahi air atau mengalami banjir setakat ini. Agaknya musim banjir dan musim hujan adalah situasi yang berbeza. Hujan kali ini lebih sinonim dengan Tahun Baharu Cina. Tepat sebagaimana yang dikhabarkan oleh orang tua saya  (zaman kanak-kanak saya), dan mereka yang lain yang telah lanjut usia di kampung, bahawa selain musim tengkujuh, hujan yang luarbiasa lebat dan banyak akan dialami pada Krismas dan Tahun Baharu Cina.

Ekoran dari hujan yang lebat, sudah tentu nelayan akan menghadapi masalah untuk ke laut, dan natijahnya, harga ikan akan melambung tinggi. Dan yang pasti, ikan-ikan tersebut adalah ikan sejuk beku… 

Satu berita dari suratkhabar tempatan yang menarik perhatian saya pada Sabtu lepas (21.1.2012) ialah mengenai harga ikan air tawar tempatan yang melambung tinggi kerana permintaan yang juga tinggi, sempena TBC. Selain itu ikan yang dikatagori sebagai eksotik itu juga sudah amat berkurangan dan susah untuk diperolehi.

Renung-renungkan harga ikan ini:

Ikan empurau is now being sold for RM700 per kg compared to RM550 last year, while the price of ikan tengadak has risen to RM370 per kg from RM250 last year.

The price of other local fish such as ikan semah (RM150 per kg from RM110), ikan menggalan (RM150 per kg from RM 80), ikan padi (RM120 per kg from RM55), ikan lajung (RM70 per kg from RM50), ikan patin and ikan tapah (RM40 to RM45 per kg from RM35) have also risen.

Ada juga saya terfikir, bila agaknya saya berpeluang untuk makan ikan yang  berharga sehingga RM700.00 sekilo. Agaknya boleh kenyang sehingga berhari-hari…  Hanya mereka yang berwang (beruang) sahaja  yang  mengetahui keistimewaan dan keenakan ikan mahal ini.

Teringin.
Admin P@P

7 Response to "Bil 88/2012: Mahal"

  1. Assalamu'alaikum cikgu,

    Lama kakak tak ke sini atau lama cikgu tak buat N3 tak tahulah. Lama tak terjumpa jejak. Moga cikgu sihat.

    Mahal betul kalau 700 ringgit kalau kakak baik tak payah makan pun tak apa...

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam.
    Kakzakie. Terima kasih atas kunjungan. Dah banyak hari juga saya tak menulis dan mengunjungi rakan-rakan. InsyaAllah selepas ini akan mencari dan mengintai ruang untuk menjejak dan meninggalkan jejak.

    Harga ikan yang mahal, sekali imbas sama juga bentuk dan saiz dengan ikan yang agak murah. Walaubagaimanapun, hanya jauhari yang mengenal manikam.

    TQ

    atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    mak oiiii mahalnya......

    apa la yg istimewa ikan tu agak yer..

    iKhRam says:

    nampaknyer
    makan ayam je la lepas nie.. huhuhu

    salam perkenalan
    ikhram

    Admin P@P says:

    W/salam atuk. Tak tahulah apa istimewanya ikan tu. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

    Salam kenal juga buat saudara ikhram. Makan ikan lebih baik dari makan ayam. Tak pwerlu ikan yang mahal sampai beratus RM sekilo...

    TQ

    Kintung says:

    Terima kasih dgn Perkongsian maklumat ini. Ikan empurau ni sama dgn ikan kelah ke?

    Kintung says:

    Terima kasih dgn Perkongsian maklumat ini. Ikan empurau ni sama dgn ikan kelah ke?

Powered by Blogger