Bil 96/2012 Takziah

Assalamualaikum.


Belum terlambat buat kita untuk mengucapkan takziah buat keluarga adik Dirang yang ditimpa malang baru-baru ini. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui betapa keluarga ini bersedih di atas apa yang berlaku. Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan dalam keadaan siuman, sudah tentu ada perasaan marah dan geram terhadap perbuatan penjenayah berkenaan. Pun begitu kita juga mengucapkan tahniah kepada pasukan PDRM yang bertindak cepat dan khabarnya telah menangkap dan menahan 4 suspek dalam kes ini. Semoga kes ini dapat diselesaikan segera dan penjenayah di bawa ke pengadilan untuk hukuman yang sewajarnya.

Peringatan juga buat kita para ibu-bapa, agar lebih berhati-hati terhadap pergerakan anak-anak, dan tidak memberi kepercayaan melulu untuk anak-anak ini bergerak dan berjalan sendirian. Zaman sekarang amat jauh bezanya dengan zaman kita dahulu di mana kita bebas ke mana sahaja tanpa iringan ibu-bapa, bahkan dalam sesuatu kawasan atau kampung, kita saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Ini juga sebagai penghalang bagi penjenayah untuk melakukan perkara tidak elok seperti culik dan rogol.

Bagaimana kita sekarang? Adakah kita kenal jiran-jiran kita? Atau adakah kita tahu ada ahli baharu dalam persekitaran kediaman kita? Semoga Allah selamatkan anak-anak kita dan kita semua. Amin.


Admin P@P

3 Response to "Bil 96/2012 Takziah"

  1. atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    Moga keluarga adik Dirang tabah meneruskan kehidupan

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Jahiliah moden terbit ketika Islam sudah diajarkan keseluruhannya kepada umat manusia, namun apa yang terjadi berlaku lagi seperti mana sebelum Nabi diangkat menjadi Rasul.

    Bezanya zaman dahulu ketandusan ilmu agama dan zaman kita ilmu agama sudah meluas disebarkan.

    emarieys says:

    Al-Fatihah untuk arwah adik dirang...kisahnya sangat menyayatkan hati

Powered by Blogger