Bil 86/2011 Terakhir: 2011

Assalamualikum.
Salam Sejahtera.

Tepat 12 malam, malam ini maka berakhirlah 2011 yang akan diganti oleh 2012.  Sejak selepas Isyak tadi, sudah mula kedengaran bunyi letupan mercun, walaupun jarak kekerapannya agak jauh. Yang pasti malam menjelang tahun baharu akan disertai pelbagai acara yang lebih kepada hiburan semata. Bahkan ada ditayangkan siaran langsung di TV.

Sisa-sisa 2011 juga banyak diisi dengan peristiwa sedih, terutama bagi mereka yang terlibat dengan banjir, baik kilat atau tak kilat. Dan kami sekeluarga amat bertuah, perjalanan balik dari bandaraya Kuching pada sebelah siangnya tanpa gangguan walaupun perjalanan agak perlahan kerana banyak lori-lori besar bergerak selepas krismas. Ini kerana pada sebelah malamnya berlaku tanah runtuh di antara Serian dan Sri Aman, sekaligus mengganggu perjalanan pengguna jalanraya/lebuhraya ini. Puncanya sudah tentulah kerana hujan lebat tanpa henti semenjak hari krismas.

Selamat Tahun Baharu 2012 dari saya kepada semua rakan bloggers. Semoga 2012 ini membawa lebih banyuak nikmat dan makna buat kita semua.

Sekian.
P@P

5 Response to "Bil 86/2011 Terakhir: 2011"

  1. IMANSHAH says:

    selamat tahun baru sahabat

    atuk says:

    Assalamualaikum P@P

    Selamat Tahun Baru

    Wassalam

    nahmy says:

    assalamualaikum cikgu & salam tahun masehi 2012. semoga yg diazami tercapai....insyaAllah

    Queenie says:

    Salam Tuan Haji...

    wlp terlambat say ttp ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2012...

    semoga apa yg direncana berjaya dan dipermudahkan jua dgn izinNya..

    DrSam says:

    semoga hari-hari mendatang menjadikan kita insan yang lebih hampir kepadaNya.

Powered by Blogger