SK Ulu Lubai Sarawak: Simbol Kecemerlangan Sekolah Pedalaman
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Sungguh gembira apabila mendengar berita melalui radio beberapa hari lepas apabila sebuah sekolah di pedalaman Sarawak telah dinobat sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Kalau sebelum ini kita selalu mendengar sama ada suara-suara guru luar pedalaman atau suara-suara ‘politik liar kedai kopi’ mencemuh guru-guru di pedalaman, yang seolah-olah tiada usaha untuk mengubah ‘label’ murid pedalaman lembab atau bodoh. Antara usaha terbaik kerajaan ialah menganugerahkan ‘elaun P1, P2 dan P3’ kepada guru-guru pedalaman sebagai penyuntik semangat agar mereka terus kekal di sekolah tersebut dan berusaha lebih lagi untuk membuktikan bahawa mereka adalah contoh guru-guru Malaysia yang terbaik, mampu mengubah persepsi masyarakat bahawa murid di pedalaman juga mampu dan boleh meraih kejayaan sepertimana rakan-rakan mereka di bandar.
Tidak ada sesiapa mengetahui SK Ulu Lubai, 55 kilometer dari bandar Limbang adalah sekolah terakhir di hulu Sungai Lubai, mula menempah nama sebagai antara sekolah terbaik pada 1992 dengan merekodkan kelulusan 100 peratus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Paling manis apabila seorang murid meraih 5A dalam UPSR pada 2005 dan inilah kejayaan pertama sekolah ini dalam tempoh 41 tahun sejak dibuka pada 1964.
Pencapaian sekolah ini sentiasa meningkat dari segi peratusan dalam UPSR setiap tahun dan termasuk pada 2003 apabila mencatatkan kelulusan 100 peratus.
SK Ulu Lubai meneruskan kesinambungan pada 2007 apabila dua pelajar mendapat 5A daripada 6 calon yang menduduki UPSR dengan pencapaian 100 peratus.
Seterusnya pada 2008, 2009, 2010 sekolah mencapai 100 peratus dan begitu juga dengan gred purata sekolah (GPS) meningkat. Contohnya GPS 2008 ialah 1.83, 1.53 (2009) dan tahun lalu, 1.20.
Guru Besar, Jaul anak Bunyau berkata, sejak penubuhan sekolah ini, banyak program diterapkan kepada murid termasuk menampal kata-kata semangat di setiap bangunan kayu.
Beliau berkata, walaupun kemudahan disediakan terbatas, komitmen murid sekolah ini amat baik kerana mereka menghormati dan menyanjung tenaga pengajar.
“Kejayaan sekolah adalah berdasarkan usaha semua pihak termasuk ibu bapa. Seperkara paling menarik apabila murid akan mengulangkaji pelajaran di rumah panjang pada setiap malam.
“Mereka ditemani ibu bapa masing-masing dan akan dipantau seorang guru. Cara ini amat berkesan dan mampu mendekatkan diri mereka dengan buku.
“Di rumah mereka, terdapat jawatankuasa belajar malam yang memerlukan setiap murid belajar sekurang-kurangnya sejam. Pendekatan ini dibuat sejak penubuhan jawatankuasa itu tiga tahun lalu,” katanya.
Pencapaian lain antaranya pernah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah terbaik dalam daerah dan bahagian Limbang sebanyak 46 kali, peringkat negeri (14) dan kebangsaan (5).
Sejak penubuhannya, kejayaan paling manis sekolah ini adalah Juara Anugerah Commanwelth Education Good Practice Awards dan kini menjadi pencalonan Unesco Education of International Best Practices 2010.
(dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_KeistimewaanSKUluLubai/Article/index_html)
Assalamualaikum Cikgu Lai
tahniah kpd mereka yg berusaha
tahniah juga kpd murid2
Wassalam
satu lagi bukti kemajuan pendidikan luar bandar.. sy sbg rakyat malaysia turut berbangga...
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tahniahhhhh luar bandar punya sekolah pun telah buktikan kecemerlangan sekolah mereka..... Tahniahhhhh..... itu adalah usaha para guru dan ibubapa serta murid-murid disana
السلم عليكم ورحمة الله
Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya ya cikgu. Tak kira di mana pun kita belajar asalkan ada kemahuan dan usaha yang tinggi, insya Allah akan berjaya.
Tahniah buat pelajar di SK Ulu Lubai
memang hebat sekolah ni...
tahniah kepada seluruh warga SK Ulu Lubai
syabbas...guru hebat melahirkan pelajar yg hebat2...
assalam.. setuju ngan sham ;)
Pepatah Melayu ada berkata, “Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain”, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan internet, angkasawan dan sebagainya. Semuanya bermula daripada seorang guru dan ilmu-ilmu yang dicurahkan sehingga kita berjaya menjadi seperti kita pada hari ini.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam perkenalan.
Lompat masuk dari blog Kak G ni! :)
Kebetulan beliau pun baru balik dari Kuching & cerita pasal makanan Sarawak.
Elok juga saya berkenalan dengan orang Sarawak di Maya. Boleh luaskan pengetahuan. Kan?
Tahniah.
Tgh tgk sekolah ni kat Majalah 3.