Keajaiban Kurniaan Allah
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Sengaja saya mahu berkongsi maklumat bersama rakan-rakan sekalian, dari emel oleh rakan. (Sumber: Tidak diketahui).
Berfikirlah dahulu sebelum kita merosakkan tubuh sendiri dengan berbagai cara kerana tubuh kita dicipta oleh Allah dengan begitu canggih dan sangat menakjubkan. Hentikan rencana kita untuk menghancurkan diri sendiri dan mulailah menyayangi diri sendiri.
Setiap neuron (sel saraf) terdiri dari satuan-satunya yang hanya bertanggung jawab untuk meneruskan informasi atau menyampaikan maklumat. Satu otak sahaja boleh memproses kerja yang sama dengan 4 atau 5 juta transistor pada mikroprosesor moden. Jumlah jutaan ini menjadi tak bererti jika dibandingkan dengan sepuluh juta neuron-neuron yang menanggung dalam memindahkan informasi dalam otak. Tambahan lagi, tidak ada produk industri yang mampu meniru mengenal rasa dan bau seperti dalam otak.
Otak manusia memiliki sistem yang mampu menjalankan sejumlah tugas sekaligus pada saat yang sama contohnya, dengan struktur otaknya yang sempurna, seseorang yang sedang memandu kereta dapat sambil mengikuti siaran radio keretanya dan membelok stering dengan mudah. Walaupun sedang melakukan berbagai tugas secara serentak dalam satu masa, kita tidak melanggar kereta orang lain. Selain itu, kita dapat menambah kelajuan kereta dengan kaki kita. Kita dapat memahami berita yang didengar dari radio. Kita dapat menyambung kembali pembicaraannya dari tempat percakapan itu terhenti. Dan yang terpenting, kita dapat mengarahkan semua hal ini secara sempurna, pada saat yang sama. Secara ringkasnya, dengan bantuan kemampuan luar biasa otak, seseorang dapat mengendalikan berbagai pekerjaan dalam satu situasi. Keselarasan ini boleh berlaku dengan adanya sambungan antara sel saraf di dalam otak.
Jutaan rangsangan yang sampai ke otak dari dunia luar diterima dan diproses di dalam otak dengan terperinci, lalu diperiksa dan dinilai oleh otak lalu memberi arahan yang diperlukan kepada setiap sumber rangsangan. Operasi sistem yang rumit ini terus berfungsi dalam kehidupan seseorang tanpa berhenti. Kemampuan semua proses inilah yang menjadikan kita mampu melihat, mendengar serta merasakan dan kehidupan kita pun terus berlaku.
Salah satu unsur terpenting penyusunan sistem yang sempurna di dalam otak adalah sel-sel saraf yang berjumlah hampir mendekati angka 10 juta sel-sel saraf otak, belum termasuk sel-sel lainnya, yang berfungsi mengirimkan dan mentafsir maklumat dengan cara membentuk arahan dan menyalurkan arahan secara berkesan.
Apakah yang menyebabkan terjadinya hubungan di antara sel-sel dan menghasilkan keselarasan di dalam otak? Jawapannya terletak pada struktur istimewa sel saraf. Sekitar 10 juta sel di dalam otak memiliki sekitar 120 bilion sambungan. Dan 120 bilion sambungan ini benar-benar berada di tempat yang sesuai. Bila terdapat kesalahan pada salah satu sahaja dari sambungan ini, akibatnya akan memberikan yang besar. Seseorang yang mengalami hal ini tidak akan mungkin menjalankan kehidupannya dengan baik. Namun hal seperti ini tidak akan terjadi, dan manusia sihat menjalani kehidupannya secara normal. Ia menjalani kehidupan dengan sebaik-sebaiknya sementara bilion proses ajaib yang tidak disedarinya sedang berlangsung di dalam otaknya manusia.
Struktur yang bekerja secara automatik di dalam otak ini, sebagaimana halnya sistem-sistem lain di dalam tubuh manusia, memiliki rancangan sempurna di setiap peringkatnya. Kenyataan bahwa otak dapat menjalankan berjuta fungsinya tanpa kesalahan atau kerancunan menjadi bukti bahwa Allah, Pemilik Ilmu tak terbatas, telah menciptakannya beserta semua cirinya yang amat istimewa.
“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan? (Adz Dzaariyaat, 51:20-21)
Dapat kita bayangkan, apa akibatnya jika otak kita rosak. Tentunya kita akan mengalami banyak sekali masalah dalam hidup kita. Oleh itu, elakkan dari merosakkan otak kita dengan arak dan dadah atau yang seumpamanya.
Semoga ada manfaat untuk kita bersama. Wassalam.
Terimakasih berkongsi info Cikgu.
Selamat kembali ke sekolah, esok. :)
Akulah Kekasihmu: 33 Tahun Keunggulan
Assalamualaikum Cikgu Lai
Alhamdulillah
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum cik gu..terima kasih berkongsi ilmu..
Info yang baik.. sesuatu maha hebat yang ada pada kita tetapi kadangkala kita tidak sedar..
Assalamualaikum cikgu. Insyaallah kita sama-sama membina otak dan minda yang sihat, agar kita menjadi insan yang sihat jasmani dan rohani.
Salam cikgu,
Sayangnya ada manusia yg berotak tetapi tidak berakal....Tidak menghargai pemberian Allah sebaliknya rakus menikmati apa juga yg tercapai tanpa rasa bersalah.
السلم عليكم ورحمة الله
Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah mengurniakan kita otak dan akal untuk membezakan antara yang hak dan yang bathil.
TQ
Aslmkm.
TQ kerana follow Kak G.
Dah pernah ke blog Kak G sebelumnya kan? Tapi tak follow la!
Apapun, Kak G follow balik sebagai sokongan moral ya. :)
Assalamualaikum. Buat semua rakan-rakan dan teman pembaca yang sudi hadir dan berkongsi pandangan.
Yang membezakan manusia dari haiwan adalah otak yang berfungsi, disebut sebagai akal. Semoga segala tindak tanduk kita dipandu oleh akal berlandaskan iman dan taqwa.
TQ.
Salam buat DDrfauziah. Terima kasih.
Memang saya selalu mengunjungi Dr, tapi tak sedar yang saya belum 'follow'. Dan saya kadang-kadang tak sempat nak menyapa atas kekangan keadaan dan masa.
TQ
selalu pesan kat anak2 murid:beza antara manusia dan binatang adalah akalnya...
salam ziarah cikgu
tengok otak ni memang hebat die punyer struktur, tapi nak dibandingkan dengan pencipta otak ni, Subhanallah, agungnye Tuhan...
subhanallah....
Assalamualaikum.
Terima kasih perkongsian dari rakan-rakan semua.
TQ