Hari Kekasih ?
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Hari Kekasih atau Valentine’s Day sudah sinonim dengan remaja seluruh dunia termasuk Malaysia. Tarikh 14 Februari menjadi tarikh yang keramat bagi pasangan muda mudi ini untuk menunjukkan kasih sayang dan membuktikan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Persoalan yang timbul ialah sejauhmana ‘menunjuk’ dan ‘membukti’ ini selari dengan ajaran Islam dan bebas dari hal-hal yang ditegah, dilarang serta diharamkan. Realitinya pergaulan bebas, pakaian yang tidak sesuai, tempat yang boleh mendatangkan syak, serta semata-mata mengikut budaya atau amalan agama selain Islam, itu yang lebih menonjol.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day)
Lebih elok kalau umat Islam mengelakkan diri dari terikut-ikut meraikan Hari Kekasih mengikut acuan budaya atau agama lain. Islam menganjurkan kasih sayang dengan batas-batas syarak bagi menjamin kesucian dan terhindar dari dosa sama ada kecil mahupun besar. Sekadar ingatan bersama.
ramai dah yg nasihat tak leh tak leh, tp orang2 muda ni degil.... hu hu hu
Assalamualaikum Cikgu Lai
media yg patut disalahkan
kerana mengutamakan benda2 macam ni
Wassalam
Keluarga kakak tidak pernah menyambut walau sebelum fatwa dikeluarkan.
Mahu selalu disayangi....
السلم عليكم ورحمة الله
Kita sepatutnya merenung diri kita, adakah kita telah menghayati ajaran Islam seperti yang sepatutnya. Kalau manusia tidak mengenal Islam pada sudut yang sebenarnya, perkara-perkara buruk yang mustahil boleh berlaku. Oleh itu, kita perlu sentiasa belajar agama dan mengenal cara yang betul.
Segala sesuatu yang dilakukan hendaklah berteraskan kepada akidah Islam yang sebenarnya. Sebaliknya jika tidak, maka tamadun manusia itu akan runtuh dan masyarakat akan rosak akhlak.
salam, nampaknya strategi memesongkan akidah umat islam menjadi. Smpai ada umat islam yang menentang pengharamannya sekarang ini.. Astaghfirullah al azim
ASM. Kita berbalik kepada ajaran Agama kita dan juga peranan ibu bapa di dalam menangani isu yang hangat diperkatan sehari dua ini. Muda-muda jika dipersalahkan pun tak akan dapat menyelesaikan masalah ini secara holistik. Mereka bak bekas yang kosong menerima apa aja isi yang dicurahkan ke dalam bekas tersebut. Media juga memainkan peranan dan nampaknya semakin ghairah mempromosikan perkara terang-terang bertentangan dengan Agama kita yang syumul.
Dan tugas kita...sama-sama memperingati dan berpesan-pesan ke jalan kebaikan.
Wallahuaklam.