Saranan Menangani Masalah Sosial: Rumusan Kertaskerja...
Thursday, December 16, 2010
10:56:00 PM
Labels: masalah sosial , menangani , perspektif Islam , 9 comments
Labels: masalah sosial , menangani , perspektif Islam , 9 comments
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Mengukuhkan Institusi Keluarga
· Islam meletakkan keluarga sebagai asas kepada kemakmuran masyarakat
· Asas kepada pembinaan seorang insan adalah ibubapanya
· Banyak kes sosial seperti dadah, arak dan rokok berpunca dari kurangnya perihatin ibubapa terhadap hal anak-anak, serta pelbagai kepincangan dan pergolakan dalam rumahtangga
· Kebosanan dan kekecewaan dengan sikap ibubapa dan huru hara di rumah, menyebabkan ramai anak muda melepak bersama kawan-kawan senasib dan terdedah kepada aktiviti tidak sihat
Pendidikan Akhlak Berteraskan Agama Perlu Bermula Dari Rumah
· Sistem pendidikan keluarga dan masyarakat dalam Islam amat menjaga anak-anak yang membesar agar tidak terjebak ke dalam kancah maksiat
· Rumahtangga muslim yang dibina atas landasan Islam, Iman dan komitmen yang kukuh untuk membentuk suasana kondusif bagi melahirkan generasi berilmu, beriman dan bertaqwa.
· Ibubapa memastikan anak-anak mendapat ilmu dan pendidikan yang mencukupi melalui didikan ibubapa sendiri, atau ‘guru’ yang sesuai
· Hidupkan suasana ‘rumahku syurgaku’ agar anak-anak tiada sebab mencari kepuasan hidup di luar
Pendidikan Agama dan Akhlak Perlu Seiring Dengan Pendidikan Ilmu-ilmu Dunia
· Pendidikan generasi muda perlu seimbang antara akhlak, agama dan spiritual, serta ilmu-ilmu dunia/moden. Elakkan dari hanya memberi penekanan terhadap kejayaan akademik sahaja.
· Remaja pada amnya senang memberontak jika tidak dididk mentaati Allah dan Ibubapa secara betul berlandaskan agama, dan akan melihatnya sebagai satu kongkongan.
Usaha Menyeluruh dan Berterusan
· Usaha menyeluruh diperlukan, melibatkan institusi masyarakat dan agama serta badan-badan kerajaan untuk bersama membimbing anak-anak kita supaya menjadi manusia bertanggungjawab, berakhlak mulia dan mampu menyumbang terhadap membina negara makmur dan muhibbah.
[dipetik dan diubahsuai dari kertaskerja yang disediakan oleh Dr. Amir Farid Isahak, Pengerusi Interfaith Spiritual Fellowship (INSaF)]
Assalamualaikum kitak..
Moga kitak sihat hendaknya..
Pendidikan agama perlu dititik beratkan dan peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka.
Waalaikumussalam Abd Razak. Moga kitakmsihat juak.
Teringat pepatah melayu 'bapa borek anak rintik'.
Ibubapa juga perlu lengkapkan diri agar boleh menjadi role model kepada anak-anak.
Semoga gejala sosial akan berakhir...
TQ
Salam admin P & P,
Dalam mengajar anak2 terutama dalam soal agama kita sendiri yang mesti main peranan, bukannya diserahkan kepada orang lain semata-mata...
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
EEEMMMM tunas bakti.... dulu tak berapa jauh dari kediaman aku mmg ade tunas bakti...
Sekolah Tunas Bakti adalah institusi pemulihan akhlak atau sekolah yang diluluskan untuk tahanan dan pemulihan bagi :
Kanak-Kanak yang terlibat dengan jenayah
Kanak-Kanak yang tidak terkawal
eeemmmm peranan agama sebagai bentuk modal insan yang terbaik...
bagi aku , kita tak macam zaman dulu-dulu ibu bapa sekarang agak cetek pengetahuan agama.. cuma harapkan orang lain yang mengajar...
tak leh nak salahkan gak... budak-budak ibarat kain putih kita yang mencorakkan kehidupan mereka...
Insya Allah agama benteng keruntuhan akhlak remaja
Salam, dulu saye ngajar budak skolah rendah, ngajar agama... mak bapak serah bulat2 kepada guru utk didik sepenuhnyer anak mereka, tapi bile guru tegur atau rotan sikit, mula melenting dan salahkan itu ini... penah sy tanye nape anak dari skolah rendah sampai tingkatan 2 x tau baca alfatihah? jawab anak "mak bapak saye tak ajar, ustaz sibuk2 plak!!!"
Aku tinggalkan du perkara, yang apabila kamu berpegang teguh kepadanya kamu tidak akan sesat selamanya. yaitu Kitab Allah dan Sunah Rasul ( Al-Hadis)
Anak adalah amanah Allah berikan... anak adalah warisan penyambung perjuangan... kalau kita lentur dia dengan agama baik lah hasil yang dituai...
sebagai ibu bapa peranan membentuk nilai insan adalah kewajipan... maka guru-guru hanya membantu proses pengajaran dan pembelajaran...
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian rakan2 sekalian. Saya menghargainya.
TQ
Assalamu 'alaikum,
Memang benar... hanya dengan agama sahajalah darjat seseorang itu dpt diangkat...
Jika agama dihayati dengan baik, seluruh kehidupanny juga akan menjadi baik, begitulah sebaliknya...
Dewasa ini, kita melihat byk masalah sosial yg berlaku lantaran kurangnya penghayatan kepada agama. mereka yg bermasalah ini menyangka agama menyekat kebebasan mereka. Mereka tidak sedar, sebenarnya agama jika dihayati dengan baik, ia cukup mudah, meninggikan darjat kita, dan memelihara maruah dan diri kita daripada terjerumus kpd perkara2 yg tdk sepatutnya...
Salam tuan
Berbaliklah kepada ajaran mukjizat Alquran dan sunnah nabi akhir zaman