Menjelang 2011 Masihi.
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Ini adalah ‘posting’ ke 21 saya sejak menyertai blogspot.com pada 7 Oktober 2010. Penyertaan saya sekadar satu percubaan untuk mengasah bakat dalam bidang penulisan di samping berkongsi pandangan bersama rakan-rakan bloggers ‘senior’. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bertandang dan seterusnya berkongsi pandangan dalam blog yang baharu ‘setahun jagung’ ini.
Diam tak diam, malam ini merupakan detik terakhir 2010 Masihi, baton dihulurkan kepada 2011 Masihi. Menjelang 2011 pelbagai acara sama ada rasmi atau tidak rasmi telah diatur dengan begitu meriah dan gah sekali. Paling utama ialah acara hiburan dengan artis tempatan yang kebanyakannya beragama Islam, yang akan melalak dan terkinja-kinja di pentas sementara menunggu detik atau ‘countdown’ 12 tengah malam.
Acara yang tidak rasmi pula ialah acara kecil-kecilan dalam lingkungan ‘geng’ masing-masing, sama ada seiring tuntutan agama, atau mungkin kemaksiatan berupa mabuk-mabukan atau ‘pergelutan antara teruna dan dara’ yang akan menghasilkan natijahnya 7 hingga 9 bulan dari sekarang. Dan berkemungkinan, seperti biasa kita akan berdepan lagi dengan fenomena ‘terjumpa’ bayi sama ada masih hidup atau dah mati, di tempat yang tidak sepatutnya, pada 2011 nanti.
Malam ini tadi TV3 sekali lagi memaparkan aktiviti maksiat sekitar ibu kota, pelacuran dan arak serta dadah, yang bukan sahaja berlaku diakhir tahun, bahkan ia berlaku sepanjang tahun. Dan acara menjadi semakin ‘galak’ pada sambutan sempena detik 12 tengahmalam, selain mat rempit dan lumba haram. Yang sedihnya ia berlaku juga dalam kalangan umat Islam, dalam Negara Islam Malaysia.
2010 juga ditutup dengan pencapaian gemilang ‘Harimau Malaya’ menjulang Piala Suzuki AFF, pertama kali sejak 14 tahun diperkenalkan. Tahniah Malaysia. Malaysia Boleh. Dapat cuti lagi… Lebih membanggakan Malaysia dibarisi pemain-pemain muda, yang membuat keputusan tepat dengan menjauhi rempit, dadah dan segala ‘aktiviti’ yang tidak berfaedah.
Semoga 2011 akan membawa lebih kegemilangan buat Malaysia.
Semoga blog Paradigma & Pandangan terus maju...
salam. teruskan menulis bro..& selamat tahun baru 2011
Assalamualaikum Cikgu Lai
salam ukhwah
salam perkenalan
terima kasih sudi ke PHD
tahun baru, cahaya baru untuk P@P
Wassalam
Assalamualaikum.
Selamay Tahun Baharu kepada rakan2. Terima kasih atas sokongan dan dorongan anda semua.
TQ