Katakan TIDAK !



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Semasa dalam perjalanan balik dari masjid, suatu hari, sang anak bertanya kepada si bapa; “Bapa, kenapa orang tu hisap rokok di masjid. Kat situ ada papan tanda larangan merokok”.  Selamba saya menjawab; “Agaknya orang tu tak pandai membaca”.

Memang tak sepatutnya saya menjawab sedemikian kepada persoalan sang anak tadi, tapi itulah hakikatnya yang terjadi di zaman mutaakhir ini. Tempat dilarang, disitulah ‘mereka’ buat. Kalau disuruh, lagilah ‘mereka’ buat.

Berbalik kepada persoalan merokok di kawasan masjid, kebanyakan masjid yang saya kunjungi (Sarawak) ada ‘memacak’ papantanda larangan merokok. Tetapi kita masih boleh melihat para jamaah yang merokok sama ada sebelum atau selepas solat, di beranda. Kalau malam Jumaat pula, selepas bacaan Yasin biasanya ada jamuan ringan di beranda. Sambil menjamu pun ada juga kelihatan jamaah yang merokok.

Apa masalahnya kalau merokok?

Sebagai perkongsian saya merujuk kepada fatwa yang telah dikeluarkan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Ulama’ berpendapat merokok haram hukumnya kerana jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikatagorikan sebagai perkara keji. Antara ayat al-Quran yang berkaitan ialah maksud dari surah al-Baqarah ayat 195: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”.

SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU BILAKAH FATWA INI AKAN DIWARTAKAN DAN DIKUATKUASAKAN…

Kerajaan juga telah berusaha menyedarkan dan ‘mengancam’ para perokok agar meninggalkan tabiat tidak elok ini, antaranya dengan mewajibkan pengeluar rokok agar memaparkan visual ‘menakutkan’ pada kotak rokok di samping menaikkan harganya saban tahun.

‘Alah bisa tegal biasa’, harga yang mahal dan visual yang menakutkan tidak berupaya mengekang penggemar rokok dari meneruskan tabiat mereka.

[Perkongsian dari infosihat.gov.my]
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok: Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan ia untuk anak-anak anda.

Sekian. Sekadar perkongsian.

7 Response to "Katakan TIDAK !"

  1. Pok Li says:

    Saya telah meninggalkannya enam tahun lalu.

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Sesuatu yang payah hendak ditinggalkan manusia bila sudah menjadi ketagih.

    Orang Islam yang rasional sepatutnya menjauhkan diri dari penyakit yang merosakkan ini, kerana rokok telah diyakini mempunyai unsur-unsur yang jelek, ianya tidak tergolong dalam makanan yang berkualiti lantaran tiada faedah samada untuk dunia dan akhirat.

    thanks atas perkongsian menarik dan makan dalam ni...

    Gua akan usaha berhenti...

    CekWa says:

    info yg menarik, sekurang2nya dpt menyedarkan perokok tegar

    Waktu muda dulu suami saya merokok. Bila masuk ke dalam keluarga saya (yang ada 7 beradik lelaki tapi tiada seorang pun merokok) dia jadi malu-malu alah,dan sembunyi2 apabila merokok di rumah mertua....


    Tapi Alhamdulillah, satu kejadian yang Allah tunjukkan semasa berada di Mekah, menyebabkan beliau tak merokok sejak 15 tahun lalu...

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih berkongsi pandangan.

    Sebelum ada gambar 'ngeri' pada kotak rokok, hanya ada amaran dari kerajaan Malaysia: Merokok membahayakan kesihatan, yang mana tulisannya amat kecil dan tak dibaca oleh kebanyakan perokok.

    Nukilan saya hanya sekadar perkongsian dan tiada niat serong terhadap pengunjung sekalian.
    Maafkan saya andai terguris perasaan.

    TQ

    Peringatan yang baik untuk perokok.

    Benar, merokok adalah haram!!! Kalau ada yang meyatakan makruh, memang. tetapi itu dulu. Dulu khilaf tetapi sekarang sudah ijma

    rujuk : http://www.abuanasmadani.com/?p=729

Powered by Blogger