Mati. Kematian
Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Baru-baru ini pun, bila menonton satu drama di TV, bila dialog tersebut tercetus, maka bertanyalah sang anak kepada bapanya; “Betulkah Allah sayangkannya bapa. Tapi orang itu tak ikut perintah Allah pun”.
Banyak lagi peristiwa melibatkan kematian sama ada kerana sakit tua, ragut, kemalangan dan sebagainya; maka kita sering juga dihidangkan dengan ayat: Allah lebih menyayanginya… Maka timbul persoalan, apakah setiap yang mati itu (kerana ajalnya dah sampai) dan dia disayangi Allah? Apakah tiada beza antara orang beriman dengan tidak beriman, kerana apabila mati maka dia dikatakan ‘lebih disayangi Allah’ maka dia mati awal…
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat solatnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: “Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: ‘Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat’”.
Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: “Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu”. Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).
Dan sebaliknya apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: “Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu”. Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya”. Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: “Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)”. Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: “Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka”.
Semoga Allah meredhai kita. Amin.
salam
saya telah kehilangan ayahanda pada tahun lepas yang telah meninggal secara mengejut..Sungguh terkejut kami semua. namun kami redha kerana masanya sudah sampai...Al-fatihah buat Allahyarham
salam..tak pandai untuk menentukannya..apa2 pun alfatihah buat semua yang telah pergi
Assalamualaikum...
Moga kitak sihat hendaknya..
Kematian itu pasti. Ia ibarat “pintu”, setiap orang pasti akan memasukinya. Ia juga laksana “gelas”, setiap yang bernyawa pasti akan ‘mencicipinya’. Hakikat ini telah dinyatakan di dalam Kitabullah, “Tiap-tiap jiwa (yang bernyawa) akan merasakan kematian.” (Qs. Ali ‘Imrân [3]: 185).
Assalamualaikum.
Salam takziah buat Imanshah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Kita yang masih hidup hendaklah sentiasa mendoakan kebaikan untuknya di alam barzakh.
Salam buat Kak Erna. Berkirim al-Fatihah bagi yang telah terlebih dahulu meningga;lkan kita.
Salam buat U. Abdul Razak.
Terima kasih atas perkongsian minda. Semoga Allah sentiasa meredhai kita semua.
TQ.
Yup..kematian itu pasti. Tiada siapa boleh lari darinya. Tapi soalnya adakah kita bersedia untuk menghadapinya
Setiap hari ada saja berita kematian. Bila-bila masa saja giliran kita akan tiba. Sejauh mana kita bersedia ke arah itu?
Salam ziarah wahai sahabat...
Kite tak tau kan nasib kite macam mane...
- tahun lepas gua eksiden teruk, moto gua langgar kereta, tapi syukur gua selamat...
- kawan gua pun eksiden teruk gak, cacat sampai sekarang.
-kawan gua lagi sorang eksiden sikit je, meninggal.
-anak buah gua, meninggal dalam pangkuan ibu die, 4 hari lepas gua eksiden teruk... sampai gua rasa macam dah bertukar nyawa...
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah... Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...
Bro sorry sesangat ye....
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah... Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...
Bro sorry sesangat ye....
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
ziarah dr pena farhana..trm ksh sudi ke blog sy..
trm ksh juga krn sy menyantap sesuatu yg baik utk minda hari ini..
Assalamualaikum.
Terima kasih perkongsian pendapat dari rakan bloggers.
Ajal maut di 'tangan' Tuhan, apa yang perlu kita lakukan ialah membuat persediaan rapi agar kematian kita itu betul-betul 'disayangi' Allah.
Paling utama taat kepada perintah Allah dan jauhi segala laranganNya.
TQ
Mati adalah penasihat yang baik
salam
semoga semua antara kita,diambil nyawa dalam keadaan beriman...Insya Allah..
Assalamu'alaikum ya Admin P@P..
Alhamdulillah, bagusnya komen2 sahabat diatas..
Mereka yang lalai dalam persiapan hidup didunia akan menyesal dengan sehabis-habis penyesalan. Penyesalan yang tidak ada kesudahannya. ALLAH SWT berfirman bahawa akhirat itu untuk orang yang beriman dan beramal soleh, maksudnya: " Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik untuk engkau dari hari dunia." (Ad-Duha:4)
Jazakallah atas perkongsian ini
Wallahua'lam
Assalamualikum
sesungguhnya mati itu pasti..tak siapapun dapat lari dari mati..mudah2an Allah reda dan Rasulullah memberi syafaat pada kita umatnya.
AlFatihah buat Arwah ayah anak2 sy yg sudah setahun kembali ke rahmatullah
salam P@P,
akan ikut si mati 3 perkara,
ahli keluarganye, hartanye, dan amalan nye. 2 perkara akan pulang dan yg tinggal bersamemu 1,
ahli keluarga dan harta akan pulang, maka tinggalah Amalan ...
persoalannye ..
berape banyak amalan yg dapat di bawe tu ....
Waalaikumussalam. Sahabat Bloggers.
Terima kasih bertandang dan berkongsi pandangan. Semoga Allah redha kepada kita semua, dan semua umat Islam.
Kepada suami/isteri atau ayah/ibu atau anak2 yang telah meninggalkan kita, semoga dicucuri rahmat Allah.
Al-Fatihah untuk mereka semua.
TQ