Kuasa Gempa dan Tsunami: Kuasa Allah
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Walau bagaimana majunya teknologi yang manusia cipta, tetap tidak dapat menghalang dan menandingi kuasa yang Maha Esa, Allah swt. Bahkan yang lebih menakjubkan, saya terbaca bahawa kejadian gempa tersebut telah mengubah kedudukan pulau Jepun sejauh hampir 3 meter.
Kita bersimpati kepada nasib malang yang menimpa rakyat Jepun. Jika ada ruang dan kesempatan apa salahnya kita menghulur bantuan, walau dalam apa bentuk. Simpati dan empati adalah yang paling mudah. Usahlah kita mencemuh dan memperli mereka dengan pelbagai karikatur yang menyakitkan. Hari ini Jepun, jangan terlalu yakin membuat perhitungan bahawa Malaysia sudah pasti selamat dari bencana gempa.
Lihatlah kejadian yang berlaku dari sudut pandangan iman, agar ia menjadi penguatkeimanan kita terhadap kuasa mutlak Yang Maha Pencipta. Wallahu a'lam.
Assalamualaikum...
Subhanallah...Maha Kuasa Allah.
KUN FA YA KUN...kata Allah.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
Firman Allah Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” surah Ar-Rum ayat 41;
Namun terlalu sedikit di kalangan kita yang ingin mengambil iktibar disebalik sesuatu yang ditimpakan Allah SWT. Mereka lebih meyakini teori dan pandangan manusia yang hanya bersandarkan pengalaman berbanding ancaman Allah SWT.
semoga negara kita dijauhkan dengan bencana sebegini..amin..
ni bukan lah nak memburuk-burukan orang jepun cuma sekadar renungan...Nabi sendiri pernah cakap yang ALLAH S.W.T akan turunkan bala atas sebab kemungkaran yang manusia itu sendiri lakukan...
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.
~hadis riwayat oleh At-Tarmizi dari Saidina Ali Bin Abi Talib~
Assalamu'alaikum Cikgu Lai,
Menatap paparan demi paparan diharap dapat menambah kekuatan iman kita terhadap Pencipta Sekelian Alam, Allah s.w.t.
Dari zaman rasulullah lagi dikatakan pada masa itu akhir zaman telah hampir, apalah lagi kini zaman kita lalui, terasa telah terlalu tua bumi ini....
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin saya ingat kan saya sendiri dan para pembaca sekelian agar senantiasa bersyukur dengan apa yang kita ada pada masa sekarang dan jangan lah terus lupa akan-Nya …jangan ingat-Nya hanya pada saat susah sahaja dan lupa apabila pada saat kamu senang!
Kadang kala manusia ini mudah lupa dan tidak bersyukur dengan apa yang kita ada pada masa sekarang sehinggalah kita kehilangan segala-galanya baru lah kita menyedari bahawa selama ini kita telah mempunyai sesuatu yang sangat berharga di depan mata kita sendiri..oleh itu hargai apa saja yang kita ada pada masa sekarang seperti keluarga kita anak-anak,suami/isteri,ibubapa,datuk/nenek,kawan-kawan dan sanak saudara kita semua.Apabila SEKALI kita kehilangan mereka ..maka kita telah pun kehilangan mereka buat selama-lamanya!
Fikir-fikirkan lah,samada kejadian ini merupakan satu pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dari nya ataupun hukuman kepada umat manusia yang senantiasa alpa
Allah Maha Besar.. anyway, rajin2, meh laa singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)
salam Admin
Kita mohon dijauhkan dari mala petaka .
Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian pandangan rakan-rakan sekalian.
Semoga ada manfaat untuk kita semua.
TQ