Bil.42/2011 Minda Yang Terperangkap
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Lagi perkongsian buat rakan-rakan maya sekalian.
Kalau ada dalam kalangan kita yang pernah atau biasa menonton sarkas, sudah tentu anda juga ada di'hidangkan' dengan pertunjukan oleh sang gajah.
Gajah merupakan seekor binatang yang amat besar dan kuat. Agak menakjubkan apabila 'tuan' gajah hanya mengikat sang gajah dengan seutas tali yang lemah pada sebuah bangku yang ringan dan kecil semasa pertunjukan berlangsung. Mungkin ada dalam kalangan penonton tertanya-tertanya, bahkan ada juga yang tak pernah tertanya-tanya, kenapa gajah tersebut seolah-olah terikat kepada tembok besar yang kukuh dan berat sehingga ia tidak berusaha melarikan diri.
Difahamkan semasa gajah ini masih kecil, atau di alam 'kanak-kanak', ia diikat dengan tali yang kukuh yang terikat kepada pokok yang besar. Setiap kali gajah tersebut cuba melarikan diri, ia akan merasai kesakitan kerana tersekat dek tali yang kukuh yang terikat kepada pokok yang besar dan kuat itu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, gajah ini sudah terbiasa dengan halangan yang ada pada dirinya, dan akhirnya ia tidak lagi mahu berusaha untuk melarikan diri. Ini kerana 'minda'nya telah memberitahu bahawa kakinya terikat teguh pada pokok yang kuat. Sehinggakan apabila dibawa dalam pertunjukan, walau hanya diikat dengan tali yang rapuh pada bangku yang kecil, ia tidak berusaha melarikan diri. Padanya, ikatan itu tetap utuh dan mustahil baginya untuk melarikan diri.
Kisah gajah ini ada persamaan dengan sikap kita manusia. Ada dalam kalangan manusia di muka bumi Allah ini yang sudah sampai ke peringkat malas dan berputus asa, sehingga tidak mahu berusaha dan berubah dengan alasan bahawa itu adalah takdirnya, dan mana mungkin ia akan berubah walau diusahakan. Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang, begitu kata-kata penyedap yang sering dilontarkan. Terbiasa dengan sikap malas, berada dalam 'zon selesa', sentiasa melakukan sesuatu dengan gaya dan cara yang sama, mereka sering mengemukakan alasan bahawa walau bagaimana kuat berusaha, tetap begitu juga akhirnya.
Sekadar perkongsian. Marilah sama-sama kita melakukan anjakan paradigma dan berfikir 'di luar kotak', sentiasa memikirkan apa yang terbaik dan bagaimana kita boleh lebih maju dalam kerjaya dan sama-sama memajukan organisasi kita...
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
EEEMMM pepatah melayu ade sebut..SECUPAK TAKKAN JADI SEGANTANG....
Jadi mungkin ramai yang mempersoalkan, jika rezeki itu sudah ditetapkan, maka apa guna berusaha keras? Cukuplah dengan apa yang ada dan seolah-olah pemikiran ini sebati dengan kita orang Melayu.Pepatah Melayu ada menyebut, rezeki secupak tidak akan menjadi segantang. Sekilas pandang, pepatah ini seolah-olah menyanggah norma mencari rezeki; iaitu jika rezeki itu sedikit, walau bagaimana mencuba dan berusaha, ianya tidak akan bertambah. Tetapi jika dihalusi secara kritis, mungkin kita akan muncul dengan soalan, siapa yang tahu akan kadar rezekinya? Sebagai contoh, seorang yang bekerja di sektor swasta, mungkin gaji permulaan sebagai siswazah adalah RM2,000. Jika tiada perubahan mendadak seperti naik pangkat atau diberhentikan kerja, maka itulah gajinya dengan mungkin pertambahan increment 4 peratus setiap tahun sehingga dia bertukar kerja atau pencen.Bagi sesetengah pekerja, jika gajinya telah tetap sebanyak itu maka apa perlu dia berusaha lebih? Gajinya akan tetap sama. Jadi pekerja berkenaan akan bekerja mungikut kadar yang dia sendiri fikirkan berpatutan dengan gajinya itu. Tetapi apa yang menjadi kayu ukuran bahawa kadar usahanya itu sudah sampai ke tahap maksimum? Mungkin jika dia berusaha lebih sedikit, rezeki yang bakal diterimanya berlipat ganda (dan tidak semestinya diterima dalam bentuk gaji di hujung bulan!)
Salam Cikgu.
Minda Melayu?
Tazkirah ke dua saya dapat pagi ini. Sebentar tadi mendengar tentang 13 perkara yang melemahkan imej kendiri, dlm program Motivasi Pagi di tv...
Alhamdulillah.
Salam
Ramai yang begini, terutamanya anak2 didik kita.. Cuba menjadi pembakar semangat buat mereka
Assalamualaikum,
Perumpamaan yang menyuntik semangat manusia...jangan jadi seperti gajah itu kerana manusia bukan gajah.
.....jangan jemu memotivasikan anak-anak didik kita...practice makes perfect.
Sebesar2 gajah.. takut juga dia kepada tikus..
Malas2 pun kadangkala kena buat juga jika di arah berbuat demikian..
hmmm...masa untuk berubah!
nice entry. ;)
hijrah minda = anjakan paradigma? apapun itulah yg mmg patut kita lakukan
Luas pengalaman pun menyempitkan juga ya?
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Maaf saya lama tak ziarah kamu”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berubah ke satu arah yang mungkin lebih baik daripada sebelum ini. Mungkin sekali ia boleh dipanggil sebagai anjakan paradigma. Satu peralihan yang dapat aku rasakan daripada aku yang dulu kepada aku yang agak baru.Anjakan paradigma secara menyeluruh memberi kesan yang sangat berbeza... bagaikan lahir semula.
Assalamualaikum.
Terima kasih atas kunjungan dan berkongsi pandangan untuk manfaat bersama.
Semoga kita semua sedia berubah untuk kebaikan dan manfaat diri serta organisasi tempat kita berkhidmat.
TQ
Aslmkum, saya ingin berusaha bersungguh, kebetulan dlm post terbaru saya ada video gajah :)
assalamualaikum tuan
amat malang bila malas berfikir menjadi habit.hanya mengharap air dituangkan ke gelas yang ada...