1Malaysia
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
Saya ingin berkongsi bersama rakan sekalian mengenai apa yang diluahkan oleh teman-teman. Katanya, kita bukan hendak mempertikaikan atau menentang konsep 1Malaysia yang diperkenalkan itu.
1Malaysia, 1Malaysia-lah. Nak jerit pun, jerit-lah. Cuma yang tidak manis pada pandangan kita ialah apabila ‘perlu’ menunjuk ke atas menggunakan jari telunjuk. Nampak macam lucah, walaupun isyarat lucah yang sebenarnya menggunakan jari tengah.
Masyarakat Melayu cukup sensitif dengan tunjuk tunjuk seperti ini. Orang tua tua dahulu, kalau marah, mereka akan mengangkat tangan (tidaklah setinggi tangan 1Malaysia) dan menunjuk jari telunjuk ke atas. Memberi makna kepada kita bahawa jika ditunjuk jari telunjuk ke atas, ia sebenarnya memberi maksud kita sedang marah; Jaga kamu, nak kena ya….
Wallahhua’lam.
Assalamualaikum Cikgu Lai
mualaf mengucapkan kalimah syahadah, menunjuk angka satu, hanya Allah yg selayaknya kita sembah, dengan tangan separuh angkat..
ini selagi tak mahu tinggi angkaynya
menunjukkan betapa ego nya mereka
wallaualam
Wassalam
Assalam..
Kita mempunyai pendapat yang tersendiri.. itu menunjukkan ada perbezaan individu. Lihatlah sesuatu itu dari sudut yang positif dan niat baik yang ditunjukkan..
Yang baik tentu datangnya dari maha pencipta dan yang lemah itu sudah tentu dari manusia seperti kita...
Wallahuaklam..
assalamualaikum. susah nak ckp zaman skrg ni...Lord Reid boleh didahulukan apa lg 'kesopanan'....kan dah ada statement 'niat menghalalkan cara'
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sebenarnya ada pro dan kontra...
ade yang setuju...dan ade yang tak berapa setuju.... bergantung pada niat ....
Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
Salam Cikgu.
Saya juga berbeza pendapat.
Banyak sudah saya lihat & tahu.
Yang nyata terlalu ramai dari golongan seumpama itu bermain wayang.
Allah Maha Tahu.
Kita berusaha perbaiki diri sajalah. Mudah2an diberkati. Amin.
salam Admin
deme nak kenalkan tunjuk langit, herba yang disebut sebut sedikit masa dulu..
ha ha ha
Assalamualaikum rakan sekalian.
Semoga dalam peliharaan Allah swt.
Terima kasih sudi menjenguk dan berkongsi pandangan. Saya amat menghargainya.
TQ