Bil 95/2012 Santai

Assalamualaikum.

  1. Sedaya upaya saya usahakan juga untuk 'update' P@P pada hari ini, walaupun usaha yang sama telah saya buat pada Sabtu dan semalam. Nampaknya usaha itu telah gagal kerana kesempatan yang ada amat terhad.
  2. Sabtu lepas (10 Mac) sempat juga saya bawa keluarga untuk 'meninjau' bandar Sibu. Tempat pertama yang disinggahi ialah pusat membeli belah Medan Mall, kerana kami sedia tahu terdapat pamiran buku oleh syaraikat buku 'Popular' di situ. Memang amat menarik sekali kerana terdapat potongan harga sehingga 70 peratus harga asal (hanya sah untuk buku-buku yang sudah agak lama diterbitkan). Tidak cukup dengan itu, terdapat juga potongan harga bagi 'ahli' dengan tambahan 10 peratus lagi. Natijahnya tidak cukup tangan nak bawa buku-buku tersebut.  
  3. Si kecil juga sempat menunaikan 'hajat'nya untuk memandu kereta mini yang disediakan di situ. Bukanlah percuma. RM3 untuk 5 minit dan RM5 untuk 10 minit. Kalau nak beli sendiri kereta tersebut kenalah keluarkan modal dalam lingkungan RM450 sebiji.
  4. Lokasi ke dua yang sempat disinggahi pada hari tersebut ialah Star Mega Mall yang baharu sahaja dirasmikan pada awal tahun ini. Masih banyak lagi premis yang kosong, belum ada penyewanya atau mungkin dalam proses mengubahsuai, sesuai dengan jenis perniagaannya nanti. Ada yang menarik pada hari itu. Toyota mengadakan pamiran pelbagai jenis kenderaan yang turut memberi peluang pengunjung untuk memandu uji.
  5. Saya sendiri sempat memandun uji Altis dan Prius. Kalau nak beli memang tak mampu. Harga antara RM120 ribu sehingga RM 160 ribu (sahaja). Dari segi 'handling' kedua-dua kereta ini memang lebih baik dari kereta yang saya ada sekarang. Daya pecutan juga hebat dan dalam sekelip mata ia mampu meluncur sehingga 100kmj.
  6.  Bagi Prius ada pilihan sama ada ingin menggunakan motor elektrik, 'eco mod' atau 'power mod'. Sudah tentu 'power mod' memberi keseronokan pemanduan kerana ia dikatakan menyamai kuasa Camry 2.4l. Ketika mod ini ia akan menggunakan kuasa enjin dan bateri secara maksima, sudah tentu minyak juga banyak digunakan. Untuk perjalanan jarak jauh pemilihan mod ekonomi amat menjimatkan minyak sehingga 4 kali ganda.
  7. Si kecil paling seronok dan tidak habis-habis memuji Altis dan Prius tersebut. Yang paling seronok apabila pihak Toyota memberi cendera hati bagi pemandu uji, dan si kecil yang memilikinya.

Salam dari Admin P@P.

5 Response to "Bil 95/2012 Santai"

  1. Assalamualaikum cikgu,

    Buku dengan guru memang tak boleh dipisahkan. Peluang harga murah mesti digunakan sepenuhnya. Adik mestilah suka dapat pandu kereta comel - tak apa ayah bayar hihi...

    Selamat bercuti cikgu...jeles nie kakak dgn cikgu-cikgu yg bercuti seminggu sekarang:)

    atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    tunggu gaji baru nanti...boleh le beli kereta tu...

    Unknown says:

    Asalam..
    Dah baca, hebat kereta2 baru..cun harganya.Sesuai dengan kualitinya.

    salam
    mmg seronok dan ralit menghabiskan masa dan duit jugak:)
    kat pameran dan jualan buku2 mcm tu

    lymacsau says:

    Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Hương Lâm chuyên cung cấp máy photocopy, chúng tôi cung cấp máy photocopy ricoh, toshiba, canon, sharp, đặc biệt chúng tôi có cung cấp máy photocopy màu uy tín, giá rẻ nhất.

Powered by Blogger