Bil 94/2012 Tudung lwn. Topi Keledar

Assalamualaikum.


Saya tertarik dengan isu yang bincang dalam majalah Solusi Isu 41 berkaitan perbandingan tudung kepala dengan topi keledar dalam hal menutup aurat bagi kaum hawa. Topi keledar ada kaitan dengan keselamatan di jalanraya atau lebih tepat bagi mengelak berlaku kehilangan nyawa jika kemalangan sementara tudung pula berkaitan dengan keselamatan agama dan maruah ummah Islam. Satu persoalan, jika metafora ini boleh diterima, maka sedarkah kita bahawa ada masanya topi keledar juga tidak dapat mengelak dari kehilangan nyawa?

Pelumba haram (mat rempit?), memandu laju serta cuai boleh menjadi sebab kepada malapetaka tersebut, dan ia tidak menjamin keselamatan nyawa pemakainya secara total. Ternyata ada faktor sampingan lain yang juga memainkan peranan penting selain topi keledar. Antaranya ialah memandu dengan berhati-hati, mematuhi peraturan jalanraya, tidak memandu dalam keadaan mengantuk dan banyak lagi. Jika perkara ini tidak diambil berat, maka sekuat mana atau sekeras mana pun topi keledar yang dipakai, maka ia mungkin tidak dapat menyelamatkan pemakainya.

Persamaannya dengan tudung? Menjaga maruah dan akhlak tidak hanya dengan bertudung. Ada perkara lain yang juga memainkan peranan penting seperti menjaga tingkah laku, berhati-hati dalam menuturkan kata-kata, mengawal pandangan mata, membatasi pergaulan silang jantina dan banyak lagi. Jika semua perkara ini tidak dijaga, maka bertudung itu bukanlah satu indikator bahawa si pemakainya sudah cukup baik dan terjaga akhlak.

Topi keledar ada pelbagai jenis dan jenama, dari yang murah sehinggalah yang sangat mahal. Bahkan ada topi keledar yang bertanda harga sehingga RM5000. Ada yang nampak cantik tapi bahannya amat rapuh. Ada yang cukup baik kualiti, tetapi cara pemakainnya tidak betul (tidak diikat / hanya dengan satu klik) dan hanya disarung begitu sahaja. Ini boleh mengundang padah jika berlaku kemalangan.

Tudung pada zaman sekarang ada pelbagai jenis (fesyen). Ada yang kontot, labuh, nipis/jarang dan tebal. Wanita yang bertudung kadang-kadang hanya menyangkut pada jambul sahaja sedang leher dan dada dibiar terdedah (bertudung yang tidak termasuk katagori menutup aurat atau fesyen semata).

Menutup aurat ada niat, konsep dan falsafah yang khusus atas dasar iman, pelaksanaan mengikut syariat dan tujuan akhirnya ialah akhlak yang sempurna. Jauhi dari niat untuk glamor, cantik bergaya atau menunjuk-nunjuk.

Sekadar perkongsian untuk peringatan bersama. Untuk isteri, anak-anak perempuan, adik kakak  atau ibu kita. Semoga Allah permudahkan kita dalam menegakkan syariatNya.



Wassalam.
Admin P@P

9 Response to "Bil 94/2012 Tudung lwn. Topi Keledar"

  1. Ros says:

    Salam,

    Agak menarik tulisan ini, cuma jangan pula kita beralasan "orang bertudung tidak semestinya baik" bagi mengelakkan diri daripada bertudung (menutup aurat),tapi kita tidak fikir bahawa orang yang menutup aurat dapat pahala,manakala orang yang mendedahkan aurat confirm dapat dosa selagi tidak bertaubat.

    Unknown says:

    Asalam admin..
    Saya suka melihat wanita bertudung labuh..adakah jatuh dosa melihat mereka..pada saya wanita bertudung labuh itu murni jiwanya dengan taqwa dan kental iman kepada Allah. kerana hanya yg kental iman dapat pertahankan maruah dan agamanya terjaga..

    saya setuju dgn pandangan Ros..

    bertudung mesti dgn hati yang ikhlas.. banyak yg bertudung tapi pakaian terlalu ketat..t shirt lengan pendek..seluar terlondeh.. pengertian bertudung ternyata gagal dihayati sepenuhnya.. tentunya ada beza antara bertudung dgn niat utk menutup aurat..

    t kasih krn sudi berkunjung ke blog saya..pengisian blog saudara sangat baik..

    abu muaz says:

    buah yang dibungkus memang elok,
    manusia yang bertudung juga begitu,

    salam
    jgn jadi lelaki yg diheret ke neraka dek membiarkan perempuan2 dibawah jagaan anda mendedahkan aurat...

    Queenie says:

    Assalamualaikum Tuan Haji,

    saya suka entri ini, sebagaimana entri yang terdahulu.

    Pengalaman saya tidak seluas mana tapi mungkin boleh dijadikan sedikit panduan dalam menghampiri hari-hai akhir usia. Saya berlapang dada kepada semua. Berbaik sangka adalah sebaik-baiknya...

    terimakasih Tuan Haji atas peringatan ini, moga Tuan Haji dan kelurga dirahmati Allah...amin.

    nahmy says:

    assalamualaikum.

    bertudung bukan nak nampak baik pada mata manusia tapi sbg pematuhan kpd hukum dan di situlah insyaAllah akan 'ternampak' baiknya mereka ini di penglihatan Allah....wallahualam

    doktor penasihat says:

    Bertudung lebih elok dari pada x pakai tudung..aurat tu kn berdosa lagi lagi org yg pakai pakaian yg seksi mmm..

    doktor penasihat says:

    Bertudung nampak baik awk ni buat ayat pun x tahu ke..

Powered by Blogger