Bil 82/2011 Anak Bongsu

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Sebaik sahaja 'abah' dan 'mama'nya menjemputnya di 'nurseri' petang 19 September yang lepas, si kecil ini amat girang sekali. Sambil menghulurkan 'jemputan' dari pihak TASKI dan Nurseri untuk menghadiri 'Ramah Tamah Aidil Fitri' pada 24 September, mulutnya tak henti-henti bercerita dengan girang gembira dan tak sabar-sabar untuk menghadiri majlis tersebut.

Abah, Mama, Makcik cakap bawa kuih dan air minuman untuk Hari Raya.
Abah, Mama, bila lagi Hari Raya kat nurseri?
Abah, Mama, malam inikah Hari Raya kat nurseri?

Begitulah soalan yang  diajukan setiap hari, selain bertanya; hari ini hari apa abah, mama?

Saat dan ketika yang ditunggu tiba jua akhirnya. Sebaik keluar dari kereta, bayangan si anak kecil ini sudah hilang dari pandangan. Berlari menerpa ke arah kawan-kawannya dan 'hilang' dalam kesesakan tetamu. Begitu gembiranya si anak kecil ini. Hidupnya dipenuhi keseronokan, dan sentiasa mencari ruang untuk bergembira dan berseronok. 

Ada ketikanya apabila abah dan mamanya tidak dapat menunaikan permintaannya, wajahnya akan bertukar muram dan sugul. Pada sang anak, apa sahaja yang diinginkan pasti akan dipenuhi. Kalau tidak, maka bermulalah episod rajuknya. Dan di sinilah peranan kakak-kakak dan abangnya, memujuk dan menceriakan sang adik. Dan pandailah sang kakak dan sang abangnya menabur janji yang selalunya hanya manis di mulut sahaja. 

Ya Allah, moga anak-anak ini sihat sejahtera, beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin.

4 Response to "Bil 82/2011 Anak Bongsu"

  1. Beruntunglah adik ada mama/papa/abang/kakak. Banyak tempat nak mencurah rasa suka/menangis dsb.

    Moga kakak dan abang pun sama juga mendapat kasih secukupnya...

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Moga cikgu sihat hendaknya..

    Anak bongsu tok biasanya, manjanya lebih..:)

    Anonymous says:

    Assalamualaikum P & P,

    Seronoknya melihat anak gembira dan sihatkan.

    Dan sebagai ibubapa kalau boleh bulan dan bintang pun kita nak beri bila anak mintak. Tapi sayang tak semua tu termampu dek kita kerana terbatas dengan 'tak nak manjakan mereka'.

    Sebenarnyerrr anak ni penyejuk jiwa bila ada panggilan nama Abahh, Mamma di bibir anak mmg sejuk ajerrr telingga..

    Cuma tak semua permintaan anak dapat di tunaikan.... eeemmm kita bukan orang senang... Nanti kalau ada rezeki lebih abah belikan...

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    stesen minyak dan petrol pilihan anda

Powered by Blogger