Bil 79/2011 Kelapa Nan Hilang
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Awal Ramadhan yang lalu sang anak mencadangkan kepada saya untuk memetik buah kelapa muda di luar pagar. Untuk berbuka puasa, begitu anjurnya. Pada dasarnya, pokok kelapa setinggi 4 kaki itu adalah kepunyaan saya sekeluarga kerana saya yang menanamnya. Tapi lokasinya di luar pagar, di tanah ‘reserve’ jalan kerajaan. Oleh kerana kelapa itu belum cukup ‘remaja’ dan belum ber’isi’, maka saya sabarkan sang anak dan berjanji akan memetiknya dalam masa seminggu lagi.
Nak dijadikan cerita, seminggu kemudian, tandan buah kelapa tersebut masih ‘gah’ dipergantungannya pada ‘sebelah’ pagi. Tiba masa untuk memetik kelapa bersama anak pada sebelah petang, rupa-rupanya ia sudah ‘hilang’. “Itulah abah, abang suruh petik cepat, abah lengah-lengahkan. Sekarang dah hilang!”
Itu kisah setandan kelapa yang menghadap jalanraya. Ada satu tandan lagi yang mengadap rumah saya, dan ia masih ‘belum cukup umur’. Agaknya inilah setandan kelapa yang akan menjadi rezeki kami sekeluarga, bisik hati saya. Ada 5 biji kelapa yang cukup ‘sihat’ dan ‘comel’. Minggu berikutnya, apabila kami balik dari rumah ‘nenek belah mama’, dan sudah berangan-angan berbuka puasa dengan air kelapa ditanam sendiri, keajaiban yang sama berulang kembali. Tandan kelapa itu juga telah ‘hilang’. Nampaknya sekali lagi saya kena tunaikan hajat sang anak dengan air kelapa dari bazar ramadhan.
Air kelapa: la amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
Tanda-tanda seperti muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah kerap berlaku akibat keracunan makanan. Kaedah paling mujarab untuk mengubati kesan-kesan mabuk itu ialah dengan meminum segelas air kelapa muda. Untuk keracunan cendawan, air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli.
Air kelapa juga berkesan untuk mengubati demam campak, demam kuning dan demam panas. Bagaimanapun, untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis. Air kelapa boleh menghitamkan rambut yang perang. Rambut disiram dengan air kelapa muda kemudian dibungkus dengan tuala. Biarkan untuk setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.
Penggunaan air kelapa muda sebagai bahan awet muda berkesan untuk menyegarkan kulit muka yang kering, memelihara kesegaran kulit muka serta menghilangkan parut dan kesan jerawat. Muka dicuci dengan air kelapa kemudian dibiarkan kering dengan sendirinya sebelum dibilas dengan air bersih.
Santan: Ia baik untuk menjaga kesihatan rambut. Santan melebat, menghitam, melembut dan menyegarkan rambut yang kering. Pati santan yang diperah daripada kelapa tua dilumur pada rambut dan kulit kepala. Rambut kemudiannya dibungkus dengan tuala dan dibiarkan selama sejam sebelum dicuci dengan syampu.
Kaedah yang sama juga berkesan untuk meluruskan rambut yang keriting tetapi pati santan hendaklah dicampur dengan jus lmau nipis kemudian dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga permukaannya berkepala seperti krim. Krim itulah yang dilumurkan ke rambut.
Untuk mengelakkan rambut beruban, santan pekat yang diperah daripada kelapa tua dididih hingga keluar minyak. Campur dengan sedikit halba. Kemudian sapu ke rambut dan kulit kepala pada setiap hari.
Minyak kelapa: la disapu ke ketiak untuk mengelakkan ketiak daripada berbau busuk. Bagi mengatasi masalah leher dimakan air vang kerap berlaku di kalangan bayi, sapukan minyak kelapa di bahagian tersebut atau mana-mana bahagian lipatan yang dimakan air sebelum disapu bedak.
Luka akibat terkena pisau juga boleh diubati dengan menggunakan minyak kelapa. Ambil dua ulas bawang merah, tumbuk hingga halus kemudian campur dengan minyak kelapa sebelurn dipanaskan di atas api. Tampal pada luka dan balut dengan kain.
Isi kelapa: Kelapa diparut kemudian disapu ke bahagian yang tersiram minyak panas bagi meredakan kesakitan. la juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit kepala berkeruping. Isi kelapa dibakar hangus kemudian ditumbuk hingga halus. Campur dengan sedikit minyak masak kemudian sapu ke bahagian yang berkeruping.
gua takot lepak bawak pokok kelapa, kang dihempoknyer
Assalamualaikum cikgu...
Moga cikgu sihat hendaknya..
Aduhai cikgu, barang di dalam rumah pun bisa hilang apatah lagi di luar nun..
Alahaiii siannya Cikgu. Macam kempunan la pulak.
Satu lagi cikgu, isi kelapa muda pula adalah bahan utama dalam sejenis kuih tradisi orang Banjar iaitu Kuih Kalakatar! memang sedapppppp...!
siannya kat abang tu...
tp rezeki dia nak makan kelapa muda yg ditanam oleh orang lain...
ingatkan saya jer yg alami keajaiban sebegitu...