Tandas Awam: Mengapa Kotor ?



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Saya tidak pasti sama ada anda semua turut ‘terkejut’ dengan dapatan yang dilaporkan di ‘dada’ akhbar dan TV, yang menyebut bahawa hanya 7 peratus daripada 5,764 tandas awam di seluruh negara mencapai tahap kebersihan lima bintang. Odit juga menunjukkan terdapat 51.6 peratus daripada tandas-tandas itu berada pada tahap satu atau dua bintang. Maksudnya, sangat teruk @ sangat kotor.

Bila ‘bersembang’ dengan rakan, selamba saja beliau menjawab: Biasa lah. Takkan tak tahu.

Apa yang pasti, walaupun pengguna ‘terpaksa’ membayar untuk ‘membuang air’, namun tahap kebersihannya masih lagi di tahap ‘masuk percuma’. Kalau dulu, sebelum diperkenalkan ‘bayar sebelum buang’, memang tidak dinafikan keadaan tandas amat teruk dan nazak sekali. Tapi bila dah kena bayar, keadaan nampaknya tidak banyak berubah di sesetengah tempat.

Satu pendapat yang mungkin perlu di’kaji’ semula ialah sikap pengguna yang menganggap bahawa kebersihan tandas adalah tanggungjawab penyelia tandas. Walaupun nampaknya seperti betul, kita bayar dan dia bersihkan, apakah terlalu susah bagi pengguna untuk ‘flash’ selepas menggunakannya. Atau susah sangatkah nak menghala ‘senjata’ ke arah yang betul agar tidak meninggalkan kotoran dan bau yang busuk serta hancing itu di lantai?

Atau apakah sikap yang sama juga diamalkan di rumah? Pasti tidak. Nah! Kalau di rumah boleh mengamalkan kebersihan, mengapa tidak di tempat awam? Malaysia yang majoriti penduduknya adalah muslim, dan telah diisytiharkan sebagai negara Islam, sepatutnya tidak timbul masalah tandas awam yang kotor. Islam mementingkan kebersihan. Wajib beristinjak. Kebersihan sebahagian dari iman.

Itu cerita tandas awam. Tandas sekolah? Ada sekolah yang tandas muridnya mencapai tahap 5 bintang, tapi banyak lagi yang berada di bawah paras itu. Pelajar kita adalah pelapis masa depan, kalau di sekolah pun tak mahir menggunakan tandas, nampak gaya kita kena tunggu 10 tahun lagi untuk menikmati tandas setaraf 5 bintang seperti di Jepun. (Saya tak pernah ke Jepun, tetapi selalu dengar cerita tentang betapa bersihnya tandas di Jepun sehingga kalau mahu, boleh tidur dalam tandas… Melampau sangat bunyinya)

Sekian.

10 Response to "Tandas Awam: Mengapa Kotor ?"

  1. Salam tuan....

    Selagi mampu, di sekolah kita didik mereka.


    Saya pernah menjadi Pengerusi Tandas Sekolah. Rujuk entri saya tentang tandas sekolah saya di http://xiiinam751.blogspot.com/2009/01/lagientry-seorang-cikgu.html

    (sekadar berkongsi)

    IMANSHAH says:

    salam

    saya suka merujuk kepada bandar kota bharu, iaitu ibu negeri saya. Sekarang ini alhamdulillah KB berkembang pesat di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kota Bharu Bandaraya Islam. Namun saya sangat sedih dengan keadaan tandas di KB sendiri, bagai hidup segan mati tak mahu. Harap pihak PTB memantau tandas-tandas awam di KB

    Acik Erna says:

    salam cik gu..kalau pasal tandas awam ni..kalau dah terpaksa..lebih rela pergi ke ptrol station..tu pun petronas je..yang bersih sikit la..kalau yang lain2 tu..semua out.
    pernah juga..terpaksa cuci pulak dulu..bagi bersih sikit..baru selesa..

    Acik Erna says:
    This comment has been removed by the author.
    ummu says:

    assalamualaikum tuan admin
    kebersihan itu menjanjikan kesihatan,
    namun malangnya kesedaran sivik di kalangan warga kita mash kurang ttg penjagaan kebersihan tandas ni,kan
    bagi saya sepatutnya bila kita bayar, biarlah perkhidmatan yg diberikan bermutu

    ibuintan says:

    salam cikgu,

    tandas awam stakat dua bintang je la boleh beri... kesedaran masih rendah, ada penjaga tapi masih kotor

    Bibu says:

    sekom cikgu;
    bgus bentangkan "tandas awam yg kotor".higga suami sy n anak2 pelik.knp negara mesia, perlu bayr duit tapi tetap koto.kebersihan adalah tanggungjawab semua.kalo kita ada tanggungjawab menjaga kebersihan.kita ras tiada timbul kekotoran ni...

    bila cuti...apa kata kita sama2 gotong-royong bersihkan tandas awm ni.dari situ mnkg timbul sifat kerbersihan terjaga....

    Bibu says:

    dan didikan dari rumah amatlah penting.bukanya didikan mula dari sekolah.ibubapa yg bertanggungjawap utk mendidik anak mereka.

    moga generasi muda yg akan dtg akan mengubah Malaysia sebuah negara yg bersih.

    kadang2 malu utk pelawa kawan2 sini utk ke mesia.

    kerajaan menyarankan rakyat mesia kat luar negara melarik pelancong2 dtg ke mesia.tapi sistem yg lemah n tak teratur malu utk kita menyarankan org2 jpn disini dtg kemesia

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih kepada sahabat P@P yang sama-sama berkongsi pandangan.

    Kalau ada kesedaran dan ada rasa 'malu' kepada warga luar yang datang ke Malaysia, sudah tentu kita akan berusaha lebih menjaga kebersihan dan nama baik negara.

    Lebih memalukan terdapat juga 'iklan lucah' dalam tandas, selain kerosakan 'flush' dan mangkuk tandas.

    Malaysia Boleh!

    TQ

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Barangkali ada yang mengganggap bila masuk tandas yang berbayar kerja pembersihan adalah tanggungjawab pencuci, namun jika kita sama-sama membantu mereka (pencuci) tak salah dengan hanya 'flash' selepas kita guna.

Powered by Blogger