Pendidikan Seks di Sekolah: Wajar ?
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Saya tertarik dengan salah satu tajuk di muka depan Berita Harian online, 30.11.2010: “500,000 murid Tahun Satu sesi 2011 diajar pendidikan seks”.
Satu isu yang telah lama dibincang, baik di peringkat KPM, sekolah , PIBG, NGO, mahupun di ‘kedai kopi’. Satu isu yang menimbulkan banyak kontroversi dan mendapat tentangan yang ‘hebat’ dari pelbagai pihak terutama ibubapa.
Bahkan dalam kalangan guru-guru sendiripun, majoritinya menyatakan bahawa ‘pendidikan seks’ ini kurang sesuai untuk di ajar disekolah, bukan sahaja di sekolah rendah, tetapi juga sekolah menengah. Itu belum lagi mengambilkira siapa yang paling layak mengajar dan betul-betul ‘berpengalaman’.
Pandangan saya secara peribadi, tentangan dan rasa bimbang serta kekhuatiran di benak ibubapa dan pihak berkaitan terhadap isu ini adalah kerana cara penerimaan dan pentafsiran yang melulu dan ‘tidak akademik’. Pada ‘kita’, bila disebut seks, maka bayangan kita lebih terjerumus kepada ‘bagaimana’ perlakuan seks itu berlaku atau dilakukan. Maka natijahnya kita akan tolak mentah-mentah dan mengambil kesimpulan bahawa ia hanya akan mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan, apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana gejala sosial seakan-akan tidak dapat dibendung lagi. Ini saya sebut, merujuk kepada betapa media arus perdana ghairah me’war-war’kan isu ini sehingga ia nampak amat besar pada kita.
Apakah ada logiknya kalau pelajar-pelajar ini kita dedahkan dengan teori perlakuan atau cara melakukan hubungan seks. Pastinya nanti mereka akan mencari peluang untuk melakukan ‘amali’, yang mana natijahnya, sama ada akan menambah bilangan pelajar di sekolah harapan atau meningkatkan jumlah kutipan bayi di tepi jalan atau di tepi longkang.
Kesilapan juga berlaku apabila KPM terlalu ‘menekan’kan perkataan pendidikan seks, seolah-olah ia akan wujud sebagai satu matapelajaran tersendiri. Sedangkan apa yang sebenarnya direncanakan ialah memasukkan ‘elemen’ tersebut dalam matapelajaran lain sama ada pendidikan Islam atau pendidikan kesihatan dan sebagainya.
Berikut kita lihat penjelasan dari Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr Julaihi Bujang, yang mana beliau menyebut pendedahan pendidikan seks itu akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan, di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu hingga Tiga.
Julaihi berkata, enam tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.
“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.
“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.
Julaihi berkata, keputusan menjadikan pendidikan seks sebagai pengisian utama subjek Pendidikan Kesihatan diambil selepas mengambil kira maklum balas dan pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Aids Malaysia menerusi perbincangan meja bulat yang diadakan bagi memastikan kurikulum yang dibentuk memenuhi keperluan semasa pendidikan negara.
Beliau berkata, guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan sudah diberi kursus, manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi memudahkan murid mengikutinya, tahun depan.
Semoga minda kita akan lebih positif, berlaku anjakan paradigma dan terkeluar dari belenggu kotak yang sama. Sekian.
sekom cikgu,
uuummmm....kita keliru tentang "pendidikan Seks Dsekolah".kita jg tak pasti ia perlu atau tidak.sbb tdk tahu bahan apa yg diterangkan.
tujuan utama pendidikan tu adalah apa?mf..kita tahu hal tentang pendidikan itu.tapi kurang tahu n pendedahan tentang pendididkan itu,sbb berada Dluar negara.
Assalamualaikum...
Moga kitak sihat hendaknya...
Saya setuju apa yang Dr Julaihi cadangkan itu, mudah-mudahan ianya mendatangkan kebaikan yang banyak buat generasi mendatang..
salam,
sebagai cikgu th satu,, sya setuju juga pendidikan seks ini mula diajar kpd mereka di th satu... berdasarkan pengalaman saya murid2 sekarang terlalu advance sbb mereka dah terdedah dgn banyak media yg canggih..
banyak perlakuan yg mereka tunjukkan yg kekadang membimbangkan kita juga, namun rasanya sukatan utk th satu ini hanya sebagai pendedahan, mungkin lebih kpd menyatakan 'sebab dan akibat' perlakuan tersebut
salam...
ada pro n kon dalam pendidikan seks ini...nak bersuara lebih2 saya mengajar physics...heeh
salam..
Hmm ade pro dan kontra, niat nyer dah baik, tapi negative impact nyer bleh tahan gak kan...
Sibuk nak ajar pasal seks, sampai lupe yang didikan agama makin diketepikan...
Niat x menghalalkan cara... saye rase mcm nak halalkan plak seks tapi dengan cara yg selamat (maksud saye bukan yg kahwin)... bleh wat seks walau x kawin, tapi ikot procedure mcm buku teks ajar ha3... nonsense :)
Assalamualaikum.
Terima kasih kepada rakan yang sudi berkongsi pandangan.
Memang soal pendidikan seks ada pro dan kon. Kalau sebelum perlaksanaannya kita berpeluang meluahkan pendapat melalui saluran tertentu, sekarang kita kena tunggu dan lihat bagaimana kita mendapat manfaat dari pelaksanaannya, 2011, murid tahun satu.
Kita harap pandangan dan pendapat bijakpandai yang diambilkira sehingga PSeks ini terlaksana, tidak akan menjadi sia-sia sahaja.
TQ
cabaran le utk cikgu2.. bgus gak pendidikan ni
Salam cg..rupanya saya belum follow lagi, saya dah follow
saya komen begini..
saya mengajar di sebuah sekolah lelaki berasrama dan pernah tinggal di asrama sekolah lelaki.
Saya dapati saban tahun ada sahaja kes2 melibatkan hubungan sejenis dilaporkan. Itu yang dilaporkan, dan banyak kes2 yang di sembunyikan di bawah carpet. Seharusnya mereka didedahkan dengan pendidikan seks supaya bukan sahaja bahaya melakukan seks tanpa nikah dijadikan penekanan khusus malah kes2 melibatkan hubungan sejenis juga seharusnya ditekankan..wallua'alm
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...
tak boleh menolak cadangan ni sekarang dah banyak gejala seks luar nikah.... rasa ade baiknya... tapi pengajaran perlu diperhalusi agar tak disalah tafsirkan.... kalau perlu rasanya adalah lebih baik
kononnya itu cara nak cegah gejala seks. IM fikit sebenarnya yang penting di ajar ialah ilmu agama. sistem pendidikan kita dah jauh pinggirkan subjek ini.
Salam...
Pada pandangan saya tidak salah diajar pendidikan seks untuk kanak2 TETAPI perlukan pendekatan yang betul.Sebagai contoh, silibus yang dimasukkan dalam subjek tersebut mestilah mengaitkan dengan unsur agama.Contohnya, seks adalah HARAM dan BERDOSA bagi yang belum berkahwin.Untuk mengelakkan daripada terjadi, TIDAK BOLEH BERSENTUHAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN BUKAN MUHRIM. Saya juga kurang bersetuju jika subjek tersebut diselitkan tentang 'sistem reproduktif'. Pada pandangan saya, sikap ingin tahu kanak-kanak sangat tinggi,bimbang jika mereka ingin tahu secara praktikal/amali mengenai lawan sejenis mereka. Kesimpulannya,subjek yang berkaitan dengan seks mesti kaitkan dengan agama dalam bahasa yang ringan dan mudah diterima oleh kanak2.
Assalamualaikum.
Terima kasih sekali lagi atas pandangan yang dilontarkan dalam ruangan saya. Semoga kita sama-sama memperolehi faedah darinya.
TQ
Saya rasa belum terlambat untuk saya komen isu ini di blog Admin P@P.
Sebenarnya isu ini heboh kerana perkataan 'seks' itu sendiri. Seks sesuatu yang terhormat tetapi masyarakat kita sendiri yang melucahkan perkataan tersebut sehingga dipandang serong.
Betulkan perspektif kita tentang seks dan jangan lucahkan seks
Assalamualaikum.
Bila undang-undang manusia dianggap lebih sempurna dari hukum Allah. ni nak tiru negara-negara kafir seperti US. Nak elakkan masalah pembuangan bayi dengan cara mengajar budak sekolah matapelajaran sex.... Di US tu mereka bukan nak elakkan zina. Mereka tidak melarang zina. Boleh berzina asalkan pandai guna kondom. Bukankah katanya malaysia ni negara islam. Zina tu hukumnya haram.. dosa besar. kenapa nak ikut negara kafir? Kenapa tak nak ikut undang-undang islam? Yang kita semua kena lakukan ialah terapkan kepada setiap individu pentingnya ilmu agama. Pertekankan berkenaan hukum dan balasan di hari akhirat berkenaan dosa-dosa zina. Tukar undang-undang sekular kepada undang2 islam seperti hudud. Bukannya ajar budak-budak cara mengelakkan dari mengandung dah cara menggunakan kondom.
# "Zina bagi yang belum berkahwin hukumnya 80 sebatan". Barulah org tak berani buat zina. Tapi di malaysia zina hanya kena denda rm2000. Semua pun x takut nak berzina. Kak Sharizat kan isalm tapi tutup aurat pun tak tahu nak cerita apa?
Ni la akibatnya bila manusia yang cetek ilmu agamanya ditugaskan sebagai pemerintah di sebuah negara islam.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.”- Riwayat Muslim.
wallahualam.
p/s: Maaf tuan blog jika terkasar bahasa dalam memberikan pandangan yg x seberapa ni. wassalam.