Bil 85/2011 Telah Selamat Kembali
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah saya dan rombongan telah selamat kembali ke tanah air pada 27 November 2011. Penerbangan tertangguh hampir 24 jam. Penerbangan dari Jeddah selama 9 jam telah mendarat di LTA Kuching pada 6 petang.
InsyaAllah selepas ini saya akan berkongsi pengalaman di 'alam maya' untuk iktibar bersama. Setakat hari ini keadaan kesihatan masih belum kembali normal. Masih lagi deman dan batuk. Dan keadaan yang sejuk dengan hujan yang hanya berhenti sekejap-sekejap sejak semalam, agak tidak menyelesakan. Dan di TV malam tadi sempat juga melihat keadaan banjir kilat di Kajang. Semoga mereka yang terlibat dapat bersabar dan bersemangat tinggi.
Sekian. Salam Ceria.
P@P
assalamualaikum. selamat kembali ke tanah air. semoga beroleh haji yg mabrur
Assalamualaikum cikgu...
Selamat kembali ke tanah air, moga Allah kurniakan haji mabrur buat cikgu dan rombongan semua..amin
Salam cikgu...
lama dah tak kemari, cikgu tunai haji rupanya? moga mendpt haji yg mabrur dan memperoleh segala yg terbaik di masa depan seisi keluarga...