Stress dan Tekanan


Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Satu hakikat yang ‘kita’  harus terima ialah kehidupan manusia yang selalu diuji oleh Allah swt. Antaranya yang kita boleh katagorikan sebagai ‘ujian’ dari Allah ialah tekanan kerja atau stress dalam kehidupan. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepadaNya.

Apabila kita yakin dengan ujian ini, insyaAllah, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita mampu menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan.

Yang utama dan paling penting ialah  menjaga solat fardu lima waktu. Mungkin sebahagian ‘kita’ akan mempersoalkan, kenapa solat? Umat Islam mutaakhir ini perlu akur dan setuju bahawa ibadat yang fardhu ini sudah semakin terpinggir dan dipinggirkan dalam kehidupan seharian. Walaupun diketahui bahawa solat itu fardhu, wajib dilaksanakan dalam waktu yang ditetapkan, berdosa jika ditinggalkan secara sengaja, namun masih ramai umat Islam yang sengaja meminggirkannya. Kadang-kadang saya sendiri terfikir dan tertanya-tanya juga; apakah ‘mereka’ ini terlalu kuat dan gagah, serta tidak lut dek api neraka, sehingga mampu meninggalkan kefardhuan ini tanpa rasa takut dan bersalah. Bahkan dalam masa yang sama banyak juga kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan.  “Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. (al-Ankabut: 45)

Banyak kajian pakar psikologi barat yang telah memperakukan fadhilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (yakni Allah SWT).
Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Sekian. Salam hormat dari P&P, semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah Allah.

10 Response to "Stress dan Tekanan"

  1. Abd Razak says:

    Assalamualaikum kitak..:)

    Moga kitak sihat hendaknya..

    Keindahan dan kesenangan dunia bersifat sementara, akan tetapi sangat disayangkan banyak manusia yang tertipu ketika melihatnya. Mereka tidak sedar bahwa ada alam yang lebih indah dan lebih menyenangkan dibanding dunia, hingga melupakan apa tujuan sebenarnya kehidupan di dunia.

    nahmy says:

    salam. mmg hidup zaman skrg tak terlepas dr diserang dgn stress dan tekanan. bukan kita nak lari tapi kita kena 'urus' atau 'manage'. dan betul...mmg islam dah ajar byk cara utk urus stress tu. jd jgn stress memikir cara dan jln lain camana nak urus stress tu...guna je cara yg islam suruh...insyaAllah.

    atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    moga Allah tidak menguji kita dgn ujian yg tidak mampu kita pikul

    Wassalam

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam U. Abd. Razak.
    Kehidupan dunia yang sementara selalu mendatangkan stress kepada mereka yang sentiasa mahu dipandang hebat dalam hal2 keduniaan. Semoga akhirat lebih dipandang utama bagi menghindari keresahan dan tekanan/stress.
    TQ.


    Salam saudara nahmy.
    Biasa juga terdengar mereka stress memikirkan bagaimana nak menghilangkan stress. Rasanya lagi baik kalau stress kerana inginkan penambahbaikan dalam ibadah dan keakhiratan.
    TQ.

    Waalaikumussalam Rozali.
    Allah Maha Pemurah tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggung.
    TQ.

    assalamualaikum,

    ketenangan boleh kita dapati dalam sembahyang...jangan tinggalkan solat (berpesan pada diri sendiri).

    ....belai pleiboi...juga boleh kurangkan tekanan.

    Maiyah says:

    assalam.. mmg stress ni jd pnyakit berbahaya gak skrg nih.. lembutkan hti dgn zikir dan solat pasti akan bawa ketenangan

    Anonymous says:

    Salam P&P,

    Ramai orang stress sekarang.

    Kembalilah kpd Allah walau menhadapi apa masalah sekali pun dan belajarlah bersyukur dengan apa yang kita miliki.

    Assalamu'alaikum wbt

    Sangat setuju bilamana yang utama dan paling penting ialah menjaga solat fardu. Di riwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya," Apabila Rasulullah SAW mengalami sesuatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat". (HR Imam Ahmad dan Abu Daud)

    Solat adalah satu rahmat yg besar dr ALLAH SWT, oleh itu bersegera mengerjakan solat semasa mmenghadapi kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH SWT.

    Wallahua'lam
    Syukran atas perkongsian

    Membaca ayat-ayat suci dalam Mushaf yang khalik....antara ubat stress paling mujarab buat saya. Penuh rahsia syifa' Nya

    archaqx says:

    Salam,

    memang benar apa yang diketengahkan saudara...solat dan membaca ayat2 Al-Quran mampu memberikan ketenangan jiwa,rohani serta jasmani.
    Blog yang boleh difollow.



    Diharapkan saudara juga mem follow blog saya..

    http://www.archaqx.blogspot.com

Powered by Blogger