Tragedi Bot Ekspress di Sungai Anap, Tatau, Bintulu, Sarawak.
Thursday, October 21, 2010
10:03:00 PM
Labels: bas ekspress , bot ekspress , kemalangan , sungai Anap , tragedi , 15 comments
Labels: bas ekspress , bot ekspress , kemalangan , sungai Anap , tragedi , 15 comments
Salam 1Malaysia buat pembaca yang budiman.
Kita selalu di’hidangkan’ dengan berita kemalangan ngeri bas-bas ekspress, kebanyakannya berlaku di Semenanjung Malaysia. Bahkan baru 2 minggu lepas, pada tarikh yang mengujakan sebahagian manusia, 101010 atau 10102010, kita amat terharu apabila mengetahui 12 maut dalam kemalangan yang membabitkan dua buah bas, sebuah van dan tiga buah kereta. Puncanya di’kata’kan bahawa bas yang terbabas ke seberang jalan telah dipandu laju.
Tetapi kita jarang mendengar berita kemalangan di air iaitu sungai atau laut. Jarang. Bukan tidak ada. Pernah suatu ketika feri bertembung di Langkawi, dan saya tak pasti adakah berlaku kehilangan jiwa.
Kalau di Sarawak, ‘feri’ merujuk kepada pengangkutan air umpama kotak besi berenjin, yang mengangkut kenderaan menyeberangi sungai. Dan ‘feri’ umpama di Langkawi ini di’panggil’ ‘ekspress’ atau ‘bot ekspress’.
Pada 18.10.2010 yang lepas berlaku kemalangan atau tragedi bot ekspress di Sungai Anap, Tatau, Bintulu Sarawak yang mengorbankan 13 nyawa, manakala 17 lagi terselamat. Tragedi dikatakan berlaku apabila bot ekspress yang dipandu laju tersebut gagal ‘memotong’ kapal penunda tongkang kayu balak dan tersangkut tali penunda, menyebabkan bot ekspress itu terbalik dan karam.
Satu perkara yang menjadi kebiasaan, semua penumpang tidak memakai jaket keselamatan. Bukan bermaksud tiada jaket. Ada. Tetapi tidak digunakan atas alasan-alasan yang ‘kurang baik’ seperti; menyusahkan kalau pakai, jaket susah nak dikeluarkan dari tempatnya, konduktur tidak membenarkan jaket dikeluarkan dari tempat simpanan dan pelbagai lagi.
Semoga selepas ini pemandu dan konduktur bot ekspress akan lebih perihatin terhadap keselamatan penumpang. Ini kerana bot ekspress masih lagi menjadi pengangkutan utama di sebahagian Sarawak.
Sayang Sarawak Sungainya Luas. Terima kasih.
hem, di darat bas ekspress. di sungai bot ekspress... duhai...
Salam...
Moga kitak sihat hendaknya..
Meskipun kita mengetahui bahawa ajal maut itu di tangan Allah Taala, namun kita tidak boleh berserah begitu sahaja kepada takdir, harus diusahakan untuk menghindar dari sebarang kemalangan yang akan menimpa. Apabila ada pihak tidak mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya maka akan ada suara yang membangkitnya.
TQ..
salam cik gu..rasanya rata2..penumpang bot..memang tidak memakai jaket kan..bila dah terjadi baru lah jadi sebutan..cuba buat undang2 macam pakai tali pinggang keledar tu..kan..bukan apa untuk keselamatan bila berlaku kemalangan..
Salam,
Sedih dengan perkara yang terjadi. Takziah kepada keluarga yang kehilangan saudara mara dan sahabat handai.
Assalamualaikum IM.
Teringat ketika rakan dari Semenanjung mula bertugas di Sarawak, tidak percaya ada bot ekspress. Katanya yang dia tahu hanya bas ekspress.
Kenangan.
TQ
Waalaikumussalam Abdul Razak.
Semoga kitak sihat juak.
Masalahnya sekarang ialah bila peralatan keselamatan seperti jaket ini hanya digunakan kalau ada penguatkuasaan. Jika tidak...
TQ
Waalaikumussalam Kak Erna.
Begitulah resam manusia. Kalau nampak penguatkuasa baru 'takut'.
Tapi yang hebatnya apabila manusia tidak takut Allah.
Astaghfirullah.
TQ
Waalaikumussalam Kunang-kunang.
Semoga kesabaran sentiasa ada pada jiwa kaum kerabat yang ditinggalkan.
TQ
salam ziarah & menjalin silaturrahim,
t kasih ziarah dan tinggalkan komen di blog saya.
sarawak adalah antara negeri yg sentiasa berada di hati kami sekeluarga kerana pernah tinggal di dalat dan menjalin silaturrahim dgn ramai penduduk di sana. kenangan di sana sangat indah.
masa itu pengangkutan kapal ekspress dan speed boat bukanlah asing bagi kami. menyusuri batang igan dan oya dengan kapal ekspress sungguh mendamaikan.
p/s laa... lari tajuk komen saya ni. apa yg saya nak komen semua dh ditaip oleh kengkawan yang lain. he3
Assalamualaikum sahabat, piewahid.
Suatu ketika dahulu, Dalat hanya boleh dihubungi melalui jalan air, sekarang sudah ada jalan darat, walaupun tidak bertaraf 'highway' tapi cukup baik da memendek serta selesa perjalanan dari Mukah.
Tentu masih lagi dapat bayangkan seronoknya bot ekspress dan 'speed boat'.
TQ.
salam,
kita tidak dapat mengelak andai malang menjemput, namun risiko kehilangan nyawa boleh dikurangkan jika mematuhi peraturan keselamatan.
Waalaikumussalam Cikgu Ahmad Humairi.
Ajal maut di 'tangan' Tuhan, tetapi 'malang' mungkin dapat dielakkan, kalau segala peraturan dipatuhi.
Terima kasih.
salam ziarah..trime kasih berziarah di blog saya..saya hargai kunjungan ziarah ini..semoga ukhwah kita semakin kukuh..semoga tuan blog dirahmati Allah SWT
Salam. Assalamualaikum saudara sahromnasrudin.
Terima kasih atas kunjungan balas, semoga ukhuwwah secara 'maya' akan dirahmati Allah.
Ami. Terima kasih atas doa saudara.
TQ
Pak Cik saya terlibat dalam kejadian itu dan dia selamat...