Assalamualaikum.
Nampaknya musim ‘tengkujuh’ masih lagi berlegar. Hujan turun hampir setiap hari dengan pelbagai penampilan, dari yang lembut iaitu hanya renyai-renyai, sehinggalah kepada yang agak ganas iaitu hujan lebat sepanjang hari. Alhamdulillah nampaknya tiada kawasan yang dilimpahi air atau mengalami banjir setakat ini. Agaknya musim banjir dan musim hujan adalah situasi yang berbeza. Hujan kali ini lebih sinonim dengan Tahun Baharu Cina. Tepat sebagaimana yang dikhabarkan oleh orang tua saya (zaman kanak-kanak saya), dan mereka yang lain yang telah lanjut usia di kampung, bahawa selain musim tengkujuh, hujan yang luarbiasa lebat dan banyak akan dialami pada Krismas dan Tahun Baharu Cina.
Ekoran dari hujan yang lebat, sudah tentu nelayan akan menghadapi masalah untuk ke laut, dan natijahnya, harga ikan akan melambung tinggi. Dan yang pasti, ikan-ikan tersebut adalah ikan sejuk beku…
Satu berita dari suratkhabar tempatan yang menarik perhatian saya pada Sabtu lepas (21.1.2012) ialah mengenai harga ikan air tawar tempatan yang melambung tinggi kerana permintaan yang juga tinggi, sempena TBC. Selain itu ikan yang dikatagori sebagai eksotik itu juga sudah amat berkurangan dan susah untuk diperolehi.
Renung-renungkan harga ikan ini:
Ikan empurau is now being sold for RM700 per kg compared to RM550 last year, while the price of ikan tengadak has risen to RM370 per kg from RM250 last year.
The price of other local fish such as ikan semah (RM150 per kg from RM110), ikan menggalan (RM150 per kg from RM 80), ikan padi (RM120 per kg from RM55), ikan lajung (RM70 per kg from RM50), ikan patin and ikan tapah (RM40 to RM45 per kg from RM35) have also risen.
Ada juga saya terfikir, bila agaknya saya berpeluang untuk makan ikan yang berharga sehingga RM700.00 sekilo. Agaknya boleh kenyang sehingga berhari-hari… Hanya mereka yang berwang (beruang) sahaja yang mengetahui keistimewaan dan keenakan ikan mahal ini.
Teringin.
Admin P@P